wrapper

Topik Popular

Sempena Hari Sukan Negara 2016 yang diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 8 Oktober 2016, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia akan mengelola Larian Kewangan 2016 peringkat Kementerian Kewangan Malaysia. Tujuan utama larian ini adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan di samping meningkatkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti sukan. Flag-Off Larian Kewangan 2016 akan disempurnakan oleh YB Datuk Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II.