Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Kebangsaan dengan kerjasama Biro Penerbitan, Tabung Latihan PUSPANITA dan Kelab Kebajikan, Sukan dan Sosial PUSPANITA sedang menganjurkan sebanyak lima (5) pertandingan sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-59 bagi memupuk semangat cintakan negara dan patriotisme di kalangan ahli-ahli PUSPANITA dan masyarakat umum.
Kategori pertandingan tersebut adalah seperti berikut:
- Pertandingan Selfie & Wefie Sehati Sejiwa (terbuka kepada semua)
- Merdeka "Best-Dressed" (terhad kepada ahli PUSPANITA)
- Pertandingan Suara SMULE Merdeka (terhad kepada ahli PUSPANITA)
- Pertandingan Seni Khat Merdeka (terhad kepada ahli PUSPANITA)
- Pertandingan Video Kreatif Merdeka (terhad kepada ahli PUSPANITA)
Sehubungan itu YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan dan ahli PUSPANITA adalah dijemput untuk sama-sama turut serta dalam pertandingan ini. Syarat-syarat pertandingan bagi setiap kategori pertandingan adalah seperti di lampiran.