wrapper

Topik Popular

PEMAKLUMAN PELANJUTAN TEMPOH KUAT KUASA KONTRAK PUSAT SISTEM PANEL KEMENTERIAN KEWANGAN

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh Kontrak Pusat Sistem Panel (KPSP) Kementerian Kewangan bagi lapan (8) item yang akan tamat pada 30 Jun 2016 selama satu (1) tahun enam (6) bulan bermula 1 Julai 2016 sehingga 31 Disember 2017 seperti berikut:

Bil.  Item  Tempoh Kontrak Berkuat Kuasa
1. Bas Penumpang Berhawa Dingin Pelbagai Casis 1 Julai 2016 hingga 31 Disember 2017        
2. Perabot Berasaskan Kayu
3. Perabot Jenis Polypropylene 
4. Katil Besi Setingkat dan Dua Tingkat (Tidak Termasuk Katil Pesakit)
5. Perabot Logam
6.  Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain
7. Tilam dan Bantal Jenis High Resilient Foam
8.  Integrated Light & Sound System (ILSS)

Senarai syarikat-syarikat panel KPSP untuk penyambungan tersebut akan dimuat naik dalam 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) pada 1 Julai 2016.

Sehubungan dengan itu, Agensi boleh membuat perolehan bagi 8 item tersebut mengikut tatacara perolehan KPSP.

Walau bagaimanapun, memandangkan terdapat perubahan pada senarai syarikat-syarikat panel untuk lanjutan kontrak bagi 8 item tersebut, Agensi yang ingin melaksanakan proses sebut harga sebelum 1 Julai 2016 untuk lantikan/tawaran pada atau selepas 1 Julai 2016 boleh meneruskan proses sebut harga tersebut tetapi dinasihatkan untuk memastikan syarikat yang dipanggil untuk sebut harga adalah kekal berdaftar di bawah Kementerian Kewangan dan disambung kontraknya dengan menyertakan salinan Surat Setuju Terima (SST) sebagai bukti.

Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
17 Jun 2016