wrapper

Topik Popular

Tourist Refund Scheme atau Skim Bayar Balik Pelancong adalah skim yang membolehkan pelancong asing untuk membuat tuntutan bayaran balik GST kepada Ejen Bayaran Balik yang diluluskan ke atas pembelian barangan yang layak dituntut dari Outlets yang diluluskan.

Mekanisma Skim ini adalah seperti di bawah:-
Ejen Bayaran Balik Diluluskan akan menuntut pembayaran balik daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia ke atas pembayaran balik yang telah dibuat kepada pelancong asing berserta fi pentadbiran 15% yang dikenakan kepada pelancong asing.

Contoh :-

GST yang dibayar ke atas barang yang dibeli dari Oulets diluluskan RM1,000.00 
Fi pentadbiran dibayar oleh pelancong 15% RM150.00 
Jumlah GST yang dibayar balik kepada pelancong asing RM850.00
Reimbursement yang dituntut oleh ejen Bayaran balik diluluskan ( RM850 + 150 ) RM1,000.00 

 

Kerajaan telah melantik Iris Information Technology Systems Sdn Bhd, anak syarikat IRIS Corporation Berhad melalui tender terbuka untuk melaksanakan skim ini. Projek ini adalah Project Delivery Partnership (PDP) bersama JKDM untuk menggalakan promosi dan aktiviti pelancongan di Malaysia. Iris akan menanggung segala kos untuk memastikan pelaksanaan TRS berjalan lancar dan secara langsung mempromosi aktiviti membeli belah oleh pelancong di Malaysia. Pengenalan TRS ini akan menggalakkan para pelancong yang datang ke Malaysia untuk membeli belah.

Kaedah pengurusan skim cara ini dipilih kerana :-

  1. Penggunaan kepakaran pihak ketiga untuk menguruskan skim ini adalah merupakan amalan yang telah diterima diseluruh dunia. Iris Global telah menguruskan TRS di 37 negara diseluruh dunia.
  2. Kerajaan tidak hilang apa-apa hasil kerana Ejen Bayar Balik Diluluskan tidak akan mengenakan apa-apa fi kepada JKDM untuk operasi skim bayar balik pelancong di Malaysia.
  3. Walaupun urusan pembayaran dibuat oleh pihak Ejen Bayar Balik kepada pelancong, tugas-tugas pengesahan dan kelulusan masih dilaksanakan oleh pegawai JKDM.
  4. Sebagai agensi penguatkuasaan, JKDM akan menumpukan tugasnya dari segi memastikan pelaksanaan GST berjalan dengan lancar.

 

Jabatan Kastam Diraja Malaysia
24 April 2015

Muat Turun PDF