wrapper

Topik Popular

Melalui pengumuman Bajet 2015, Kerajaan telah memutuskan supaya pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada 3 peringkat. Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari 2015. Sehubungan itu, pembayaran BR1M peringkat kedua akan bermula pada 28 Mei 2015 (Khamis) yang melibatkan 4.65 juta penerima. Pembayaran peringkat kedua ini turut melibatkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada 141,670 penerima.

Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masingmasing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan BSN, Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran.

Pada masa yang sama, Kerajaan telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian (SKK) dengan bantuan sebanyak RM1,000 yang bertujuan membantu waris penerima BR1M dibawah kategori isi rumah dan warga emas yang telah meninggal dunia. Sehingga kini, lebih 16,000 tuntutan SKK telah diluluskan. Waris penerima BR1M yang dinamakan di dalam Borang Permohonan BR1M boleh membuat tuntutan SKK di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dengan mengemukakan dokumen sijil kematian serta kad pengenalan diri waris.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Kementerian Kewangan Malaysia
27 Mei 2015

Muat Turun PDF