wrapper

Topik Popular

Adalah dimaklumkan bahawa proses pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mulai 22 Februari 2014. Manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran akan dilaksanakan melalui pemberian baucar secara berperingkat mulai 23 Februari 2014.

Sehubungan itu, bagi sebarang pertanyaan mengenai BR1M sila hubungi talian 1- 800-88-2716, setiap hari bekerja jam 9 pagi hingga 5 petang. (Isnin hingga Jumaat).

Kementerian Kewangan
Putrajaya
25 Februari 2014

 Muat Turun PDF