wrapper

Topik Popular

KERAJAAN telah memutuskan untuk memaklumkan keputusan kajian Jawatankuasa Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kepada umum bagi memberikan penjelasan yang sebenar kepada rakyat dan mengelakkan rakyat daripada terus diberikan berbagai versi yang tidak benar dan mengelirukan berhubung dengan tuntutan tersebut. Langkah ini adalah suatu perkara yang perlu dilakukan demi memelihara kepentingan Negara (national interest) supaya rakyat dapat memahami pendirian Kerajaan yang dibuat berdasarkan suatu kajian yang telah dilakukan oleh suatu Jawatankuasa Khas yang bebas demi menghapuskan berbagai tohmahan dan salah sangka kepada pihak Kerajaan.

AWATANKUASA Khas Bagi Penentuan Tuntutan Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah memberikan taklimat kepada Jemaah Menteri berkenaan dengan penemuan jawatankuasa tersebut pada 28 Ogos 2013. Jawatankuasa Khas tersebut telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menimbangkan persoalan-persoalan yang dinyatakan dalam Terma Rujukan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan mengemukakan pandangannya kepada Kerajaan Persekutuan.

JAWATANKUASA Khas tersebut tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undangundang dan penemuan Jawatankuasa Khas tersebut yang dipengerusikan oleh Bekas Ketua Hakim Negara tidak mempunyai kesan undang-undang dan tidak mengikat ke atas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak PETRONAS. Anggota-anggota jawatankuasa tersebut pula perlu memberikan pandangan mereka secara bebas, adil dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Tiga daripada enam orang anggota Jawatankuasa Khas tersebut masing-masing adalah mewakili Negeri Kelantan, Pahang dan satu wakil dikhaskan oleh wakil daripada Negeri Terengganu dan selebihnya adalah seorang bekas Ketua Setiausaha Negara dan seorang pakar dalam bidang undang-undang Perlembagaan. Walau bagaimanapun Negeri Terengganu tidak menamakan apa-apa wakil dalam Jawatankuasa Khas tersebut manakala wakil daripada Kerajaan Negeri Kelantan tidak hadir pada masa Jawatankuasa Khas memuktamadkan laporan dan penemuan Jawatankuasa Khas.

Adalah diharapkan peruntukan segera serta kemudahan pembelian peralatan bantuan dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat di negeri-negeri berkenaan.

Kementerian Kewangan akan terus memantau perkembangan dari masa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempermudahkan usaha bantuan kepada rakyat.

Kementerian Kewangan
Putrajaya
24 September 2014

Muat Turun PDF