wrapper

Topik Popular

Pada pembentangan Bajet 2015 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan pemberian BR1M 2015 dan Skim Khairat Kematian (menggantikan i-BR1M). Kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan nilai bantuan BR1M 2015 mengikut kategori isi rumah dan individu serta pendapatan. Manakala, bagi Skim Khairat Kematian, bantuan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada waris penerima BR1M 2015 dibawah kategori isirumah dan warga emas.

Sehubungan itu, pemohon baru diminta membuat permohonan mulai 1 Disember 2014, manakala penerima BR1M sedia ada diminta membuat pengemaskinian semula maklumat peribadi bagi mempastikan proses berjalan dengan lancar. Permohonan dan pengemaskinian BR1M 2015 akan bermula pada 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di alamat https//:ebr1m.hasil.gov.my; atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01); atau Borang Kemas Kini, dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan/Pusat Khidmat Hasil/ UTC LHDNM atau pejabat Daerah.

Kementerian Kewangan juga akan mempermudahkan pembelian segera keperluan-keperluan peralatan bantuan yang amat diperlukan dalam mempastikan bantuan dapat disampaikan kepada rakyat dikawasan-kawasan yang terjejas.

Adalah diharapkan peruntukan segera serta kemudahan pembelian peralatan bantuan dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat di negeri-negeri berkenaan.

Kementerian Kewangan akan terus memantau perkembangan dari masa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempermudahkan usaha bantuan kepada rakyat.

Kementerian Kewangan
Putrajaya
20 November 2014

Muat Turun PDF