wrapper

Topik Popular

Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan segera berjumlah RM 50 juta untuk negeri-negeri yang dilanda banjir.

Peruntukan ini akan diagih dan disalurkan segera kepada Pejabat Pembangunan Negeri di negeri-negeri yang terjejas berikutan banjir yang semakin meruncing.

Kementerian Kewangan juga akan mempermudahkan pembelian segera keperluan-keperluan peralatan bantuan yang amat diperlukan dalam mempastikan bantuan dapat disampaikan kepada rakyat dikawasan-kawasan yang terjejas.

Adalah diharapkan peruntukan segera serta kemudahan pembelian peralatan bantuan dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat di negeri-negeri berkenaan.

Kementerian Kewangan akan terus memantau perkembangan dari masa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempermudahkan usaha bantuan kepada rakyat.

Pejabat Menteri Kewangan II
Putrajaya
25 Disember 2014

Muat Turun PDF