
| Majlis Makan Malam Silaturrahim Perdana Sempena Aidilfitri Dan Ulang Tahun Ke-80 Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Dan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan |
|
|
|
MAJLIS MAKAN MALAM SILATURRAHIM PERDANA SEMPENA AIDILFITRI DAN ULANG TAHUN KE-80 PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG (PEMENANG) DAN ULANG TAHUN KE-50 KEMERDEKAAN
UCAPAN TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Y.Bhg Dato' Seri Hj Mohd Yussof Latiff Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Datuk-Datuk/Datin-Datin Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati,
2. Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran semua hadirin atas sokongan bagi menjayakan Majlis Makan Malam Silaturrahim ini. Penghargaan dan terima kasih saya sebesar-besarnya atas jemputan bagi saya hadir bersama. Sesungguhnya ingatan dan budi tuan-tuan itu mengingatkan saya kepada :
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati, 3. Peranan dan tanggungjawab sesebuah pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) amat penting dalam gerakan sosio-ekonomi dan memacu kesedaran bangsa dalam pelbagai bidang mengikut matlamat penubuhannya. Ada pertubuhan dan badan-badan ditubuhkan bagi kemuafakatan ekonomi, ada juga untuk memajukan sosial dan kebudayaan. Kebajikan ahli-ahli dan kesejahteraan mereka ikut diberikan perhatian. Ada tokoh-tokoh besar yang berwibawa telah lahir melalui pertubuhan-pertubuhan sukarela begitu. 4. Kalau tahun 2007 adalah tahun 50 tahun usia kemerdekaan negara, maka tahun 2007 inilah juga tahun 80 tahun usia PEMENANG. Maknanya PEMENANG lahir 30 tahun lebih awal dari kemerdekaan negara kita. Sesunguhnya tidak banyak pertubuhan yang mampu bertahan sebegitu lama. Mana-mana pertubuhan yang menghadapi krisis kepimpinan dan tidak berdaya menyelesaikan masalahnya atau kesetiaan ahli tergugat atau pecahnya perpaduan dalaman akan hanya menyebabkan pertubuhan-pertubuhan itu berkubur dengan mudah. PEMENANG ternyata berjaya menjaga integritinya. Imej ini mesti dikekalkan. 5. Dalam pemerhatian saya, dengan sambutan 80 tahun usianya itu, PEMENANG merupakan antara badan yang cukup berkesan menggabungkan khidmat dan bakti demi kepentingan masyarakat searah tuju dengan perjuangan menegakkan bangsa, agama dan tanah air. Tentulah segala pahit maungnya telah dilalui dalam jarak waktu yang panjang itu, tetapi percayalah berkat kerjasama, ketekunan, kesabaran, kesepakatan dan kepimpinan yang baik, maka PEMENANG tetap kekal sehingga ke hari ini. Sekali lagi syabas dan tahniah !.
7. Ahli-ahli PEMENANG yang terdiri dari bermacam golongan dan profesion itu, saya percaya sentiasa mahu membantu menjayakan apa juga program yang baik dan berkesan khususnya menjana kemajuan ilmu, kemahiran dan mengubah minda masyarakat untuk maju ke depan. Kalaulah kita mengambil pedoman dari tradisi budaya sendiri memang begitu banyak yang boleh kita kutip dalam falsafah adat dan budaya Melayu. Dalam kehidupan bangsa kita, biasanya aspek-aspek agama tidak akan terpisah dari aspek-aspek budayanya. Misalnya tentang ilmu, kita biasa dengar ungkapan seperti : 'Kalau duduk disuruh berguru
8. Apa yang dilakukan PEMENANG dengan menganjurkan aktiviti buat kanak-kanak, acara sukan, pendidikan, khemah pelajar, siri syarahan dan ceramah umum tidak syak lagi akan mengukuhkan perpaduan dan menjana pembangunan modal insan. Malahan program bercorak keagamaan yang mengimbangi kehidupan jasmaniah dan rohaniah itu akan membolehkan generasi baru Melayu tidak rapuh jati dirinya. Saya juga memandang tinggi akan segala usaha memajukan ekonomi, mengatasi masalah Melayu bandar, pembangunan tanah wakaf dan sebagainya yang dilakukan PEMENANG. Agenda begini perlu menjadi agenda yang berterusan. Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati, 9. Memang benar tahun ini adalah tahun sambutan ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Kemerdekaan tidak akan membawa makna sekiranya jiwa dan fikiran bangsa tidak merdeka. Kita sangat mengetahui latar belakang sejarah negara kita. Sesudah 446 tahun dijajah Barat, bermula dengan Portugis (tahun 1511), kemudiannya Belanda (tahun 1641) dan Inggeris, bangsa Melayu terpinggir begitu lama di tanah air sendiri. Pendidikan Melayu, ekonomi Melayu, kesejahteraan hidup sosial dan kemakmuran tidak pun dikecapi. Dasar 'pecah dan perintah' ( divide and rule ) telah memisahkan bangsa Melayu bukan sahaja secara kenegerian dengan adanya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) atau Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (UFMS) dan Negeri-Negeri Selat (Straits Settlement), bahkan terjadinya pemisahan kemajuan antara pantai barat dengan pantai timur Tanah Melayu. Kelahiran Tanah Melayu atau kemudiannya Malaysia telah menyatukan semua negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak ke dalam sebuah Persekutuan. 10. Kemerdekaan memberikan kita ruang dan peluang membangunkan negara sendiri mengikut cara kita. Kemerdekaan menjadikan diri kita merdeka mengatur perancangan negara, mengurus dan mentadbir sendiri dan merangka pelbagai dasar tentang pendidikan, ekonomi, bahasa, kebudayaan, dasar-dasar sosial yang lain dan sentiasa mempertahankan kestabilan politik dengan adanya 'kontrak sosial' dan 'perkongsian kuasa'. Kebijakan dan kebijaksanaan para pemimpin Melayu telah menjadikan Malaysia negara yang luar biasa kemajuannya berbanding dengan negara-negara lain yang memperoleh kemerdekaan dalam tempoh yang sama pertengahan abad ke-20 yang lalu. Malaysia bukan sahaja stabil kedudukan politiknya tetapi ditandai oleh perpaduan yang semakin kukuh. 11. Rancangan Pembangunan Lima Tahun, bermula dengan Rancangan Tanah Melayu dan dengan terbentuknya Malaysia (setelah kemasukan Sabah dan Sarawak tahun 1963), kerajaan melaksanakan pula siri-siri Rancangan Malaysia, kini memasuki pertengahan penggal pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Perancangan ekonomi dan pengurusan kewangan negara yang bertambah baik dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan itu menjadikan rakyat kita merasai nikmat kemakmurannya. 12. Matlamat menyusun semula masyarakat dan usaha membasmikan kemiskinan sebagaimana matlamat asal Dasar Ekonomi Baru (DEB) terus kekal menjadi semangat pengisian aspirasi negara tanpa mengira kaum dan keturunan. Malaysia dikatakan mempunyai keajaiban (miracle) dalam pembangunan negara dan pembinaan bangsanya. Menjelang tahun 2020 bahkan sehingga 2057 apabila sambutan usia ke 100 tahunnya tiba, Malaysia bukan sahaja diharap akan mencapai status sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, tetapi matlamat melahirkan negara bangsa (nation state) dengan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu akan dicapai sepenuhnya. Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati, 13. Sempena Sambutan Hari Raya Aildilfitri 1428H/2007M ini mari kita sesama bermuhasabah diri. Selain melihat perjuangan dan pengisian kemerdekaan negara, renungilah peranan dan tugas kita sekelian. Apakah kita sebagai satu bangsa benar-benar komited untuk membangunkan nusa bangsa dan penuh keikhlasan membina bangsa yang bersatu padu. Agama mengajar kita antara lainnya untuk berlaku amanah, bersyukur dan mengutamakan ukhuwah. Agama juga menuntut kita untuk berfikir, mengingati fitrah kejadian kita, merenungi kejadian alam, menjaga hubungan dengan Allah (hablun minallah) dan menjaga sesama manusia (hablun minannas), maka kitalah sebagai uamt yang terbaik bertanggungjawab memakmurkan bumi ini khususnya negara kita sendiri. 14. Sesungguhnya aspirasi yang saya bayangkan di atas itu bergantung kepada kekuatan bangsa Melayu dalam semua bidang kehidupan negara, dan pada masa yang sama ada sokongan masyarakatnya yang pelbagai kaum itu. Maka untuk itu kesedaran semua pihak amat diperlukan. Kita sudah memulakan suatu perubahan sistem nilai dan sikap dari pasif kepada progresif dan dinamik yakni sikap budaya dan sistem sosial yang tidak beku atau kaku dari segi pemikiran dan akal budi (minda). Kita sudah mula memiliki budaya kerja yang 'enterprising', ada kerajinan, disiplin, pengurusan masa, kualiti dan nilai tambahnya. Nilai agama dan nilai budaya yang positif boleh kita padukan. Pantun berikut mengandungi petua agar Melayu tidak menunggu dan hanya lihat, Juga terimalah sebuah puisi saya 'Kita Di Bumi Keramat' : Aduhai teman dan rakan Dengan ucapan itu, sambutlah salam kemerdekaan, salam aidilfitri dan salam kasih saya kepada PEMENANG, barisan Jawatankuasa dan salam buat setiap hadirin di majlis yang permai ini. Saya mendokan agar apa sahaja yang kita lakukan di berkati dan dirahmati Allah jua. SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN. Wabillahhitaufiq wal hidayah. Wassalammualaikum warahmatullohi wabarakatuh. Menteri Kewangan II |
| Terakhir Dikemaskini Isnin, 13 Februari 2012 11:30 |






