Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  MAKLUMBALAS BARU   SOALAN LAZIM
  SEMAK MAKLUMBALAS   PEGAWAI DAFTAR
picture PROSES MEMBUAT ADUAN    
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
Perhimpunan Bulanan Dan Majlis Pelancaran Sambutan 55 Tahun Perbendaharaan Cetak Emel


PERHIMPUNAN BULANAN DAN
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN 55 TAHUN PERBENDAHARAAN




OLEH
Y.B TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP
MENTERI KEWANGAN II
12 MAC 2007



YB Dato' Dr. Ng Yen Yen,
Timbalan Menteri Kewangan I


YB Dato' Dr. Awang Adek  bin Hussin,
Timbalan Menteri Kewangan II


YB Dato' Seri Dr. Helmi bin Yahya
Setiausaha Parlimen


YBhg Dato' Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah
Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Ketua-ketua Bahagian dan Jabatan serta Agensi di bawah Kementerian Kewangan

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera


1. Tahun ini kita menyambut 55 tahun wujudnya Perbendaharaan, iaitu sejak 1hb. Jun 1952. Jika di dalam konsep perkhidmatan seseorang pejawat awam, tinggal setahun sahaja lagi sebelum Perbendaharaan akan mencapai umur bersara wajib. Tetapi Perbendaharaan Malaysia tidak akan bersara. Begitu banyak tugas yang belum selesai. Kita berikrar pada pagi yang mulia ini bahawa Perbendaharaan Malaysia akan terus berdiri megah serta terus menjana perkembangan sosial dan ekonomi negara.

2. Sejak 55 tahun yang lalu, Malaysia telah berubah. Daripada sebuah negara yang kebanyakan penduduknya merupakan rakyat yang daif dan miskin, kita telah menjadi sebuah negara yang moden dan progresif. Ini adalah jelas bahawa peranan Kementerian Kewangan amat penting dalam perubahan ini.

3. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada generasi lama, pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah berbakti, berbudi dan menabur jasa kepada petiwi melaui Kementerian Kewangan, sejak tahun 1952. Kedudukan kita sebagai institusi pusat, yang dihormati di seluruh dunia adalah atas usaha dan pengorbanan mereka.       

4. Bagi kita, generasi kini, sudah menjadi wajib untuk terus menyambung usaha mereka untuk memastikan Kementerian Kewangan sentiasa memainkan peranan penting, khasnya dalam mencapai Wawasan 2020.

5. Pada pagi yang mulia ini, marilah kita mengambil iktibar secukupnya daripada sejarah 55 tahun ini, supaya kita akan lebih bersedia untuk menhgadapi segala cabaran masa depan. Apakah pengajaran yang boleh kita hayati?

6. Saya berpendapat pengajaran pertama ialah kita hendaklah belajar untuk bersyujur di atas kemakmuran yang dianugerahkan kepada negara sejak 55 tahun yang lalu. Dalam tempoh ini, kita diuji beberapa kali oleh Allah s.w.t untuk melihat samada kita tabah dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakannya. Ujian terdekat yang kita lalui ialah pada tahun 1997/1998 di mana kita menghadapi krisis kewangan yang begitu dahsyat. Alhamdulliah, dalam setiap ujian itu, kita berjaya memulihkan keadaan ekonomi, sosial dan politik.

7.  Kedua, kita di Kementerian Kewangan perlu mempersiapkan dan memperlengkapkan diri supaya kita mempunyai daya ketahanan yang cukup kuat untuk menangkis dan menangani krisis-krisis kewangan dan ekonomi yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Kita perlu sedar bahawa kebanyakan krisis kewangan dan krisis ekonomi kadangkala adalah di luar kawalan kita. Ia muncul dengan tiba-tiba dalam bentuk dan pola yang sukar diramalkan. Apa yang penting ialah jika berlaku krisis, kita mesti mempunyai keyakinan yang kuat untuk melakukan sesuatu yang dianggap mustahil dengan syarat ia dilaksanakan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.

8. Dalam menghadapi krisis kewangan 1997/1998, kita telah melakukannya, malah berjaya melaluinya, sekaligus membuktikan bahawa sekiranya kita bekerja bersungguh-sungguh secara teratur, berstrategi dan terancang, adalah tidak mustahil untuk menentang lawan kita yang jauh lebih gagah dan perkasa daripada kita.

9. Ketiga, sikap yang perlu kita miliki ialah kebijaksanaan dan sentiasa berfikir untuk jangka panjang. Kebijaksanaan dapat mengatasi sikap tamak yang tidak bertepi dan kebimbangan yang tidak berasas.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

10. Peranan dan tugas kita dalam tahun-tahun mendatang masih banyak. Kita perlu memakmurkan Malaysia agar ia dapat mencapai taraf negara maju, membasmi kemiskinan ke akar umbi dan menjana satu budaya bangsa yang murni, sanggup bekerja keras dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hidup.

Sekian, terima kasih.





Kementerian Kewangan
12 Mac 2007

Terakhir Dikemaskini Khamis, 24 Mac 2011 10:30
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player   dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2011, MOF. Hakcipta Terpelihara
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia.


logo