Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  NEW FEEDBACK   FAQ
  FEEDBACK ENQUIRY   OFFICER LOGIN
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
Services Provided
treasury circular letters
media feedback
 internet banking
housing loan sms services
btn polisi hijau bi
btn polisi hijau bi

Calendar

<<  April 2014  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   2  3  4  5  6
  7  8  91013
141617181920
21222324252627
282930    
Calender   Details of the Event

Visitors Counter

mod_vvisit_counterTotal Visitors :18599963

Mobile Web

Scan the QR code for Mobile access.

qrcode
Last Update: 17 Apr 2014 04:44
images
images
images
images
images
images
images
images
   
 


" PROMPT, PRECISE, PLEASANT, PRINCIPLE"

MISSION STATEMENT

In Managing The Nation's Economy And Finance,
We At The Ministry Of Finance Undertake To Provide
Effective, Transparent And Efficient Services
As Well As Ensure Customer Satisfaction


Microsite MOF

  • MyProcurement

  • Customs Appeal

  • Budget 2014

  • GST

  • MyResults

myprocurement
MyProcurement Portal is the main gateway to
Government procurement that will list the latest
tender advertisements and results for all
Ministries.
trk
The Customs Appeal Tribunal Portal (CAT) is
an online system for filing appeal against the
decision of the Director General of Customs.
The CAT is an independent judiciary body
and its decisions can be enforced accordingly.
bajet
This website provides Budget Speech 2014 and download facilities for the speech, economic reports and the Proposed Federal Budget spending.
gst
Malaysian Goods and Services Tax (GST)
website which introduce value added tax on
consumption of goods and services. Get more
information on Malaysian GST here.
myresults
MyResults is directed towards Outcome-
Based Budgeting (OBB). This portal provides a variety of resources for reference, forums and
the latest developments.

Contact Us


MINISTRY OF FINANCE
Ministry Of Finance Complex
No. 5 Persiaran Perdana
Presint 2, Federal Government Administrative Centre
62592 WP Putrajaya
Tel: 03-8882 3000
Fax: 03-8882 3893/03-8882 3894

Enquiry

Feedback

MEDIA AND GALLERY

Video Collection
VIDEO
Audio Collections
AUDIO

eBuletin
eBULETIN
Photos Album
PHOTO ALBUM
Speech Collections
SPEECH
Newspaper Collections
NEWSPAPER

 

WCAG 2.0 (Level AA)

Valid XHTML 1.0 Transitional

There are no translations available.


Penutup Pesta Sukan Kementerian Kewangan 
ke-32 2006
 

Oleh
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
1hb. Julai 2006
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur





YB Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri Kewangan I

YB Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri Kewangan II

YB Dato' Dr Hilmi Yahaya
Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Malaysia

Y.Bhg Tan Sri Izuddin bin Dali
Yang Dipertua Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kementerian Kewangan (MKSAKK)

Dato'-Dato', Datin-Datin

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dapat dengan rahmatnya dapat kita berkumpul sekali lagi di majlis penutup ini selepas diadakan 11 jenis acara sukan yang telah berlangsung selama seminggu.

2. Saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa pengelola yang melaksanakan tugas mereka dengan baik sehingga mendapat penyertaan lebih 3,000 peserta. Saya diberitahu bahawa setiap acara sukan kali ini telah disertai oleh sekurang-kurangnya seorang pegawai dengan peningkatan memberangsangkan daripada segi pencapaian bagi semua jenis sukan yang dipertandingkan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola kerana menjemput saya bagi merasmikan majlis penutupan pada petang ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

3. Pesta sukan ini yang merupakan kesinambungan usaha sejak tiga dekad lalu, telah berjaya memupuk semangat kerjasama, setiakawan, serta berdaya saing di kalangan pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan. Pesta sukan ini yang dijalankan dalam suasana muhibah dan kemesraan telah menjadi landasan penting untuk semua kakitangan termasuk keluarga masing-masing untuk mengenali antara satu sama lain. Saya yakin semangat kerjasama yang tinggi serta setiakawan yang dapat disemaikan semasa pesta sukan ini akan dapat dipanjangkan kepada alam pekerjaan seharian terutama dalam usaha kita untuk menjayakan Misi Nasional. 

 4. Pembabitan dalam pesta sukan ini, saya yakin akan dapat melahirkan kakitangan  yang cergas, sihat, bersemangat tinggi dan berdisiplin. Kementerian Kewangan sebagai peneraju jentera pentadbiran kewangan negara memerlukan tenaga kerja yang sihat, baik dari segi fizikal maupun mental supaya dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

5. Bagi menambah nilai modal insan di peringkat Kementerian Kewangan, saya ingin menyarankan supaya pelbagai acara sukan diadakan setiap bulan baik di peringkat unit maupun jabatan. Saya yakin dengan adanya program sukan yang berterusan, amalan bersukan akan dapat dijadikan gaya hidup setiap kakitangan Kementerian Kewangan. Sumber tenaga manusia yang sihat dan cergas sudah tentu akan menjadi jentera yang aktif untuk mengambil bahagian dalam semua aspek amalan hidup khususnya ke arah Malaysia maju. Oleh yang demikian, kita harus berusaha untuk terus mengaktifkan diri sama ada secara individu atau berkumpulan, bukan hanya dalam kejohanan sukan sahaja tetapi menjadikannya sebagai sebahagian daripada amalan harian kita.

6. Saya juga berpendapat selain memastikan penyertaan yang tinggi dalam pesta sukan ini, jawatankuasa pengelola juga harus mengambil peluang untuk menambah ilmu pengetahuan setiap peserta. Ilmu pengetahuan yang saya maksudkan bukan hanya terhad kepada sukan berkenaan sahaja malahan harus meliputi soal pemakanan yang sihat, fokus atau ketajaman mental, dan cara berehat yang betul.

7. Akhir kata, saya berharap semua kakitangan kementerian akan terus mengambil kesempatan daripada pesta sukan ini untuk menjalinkan hubungan kerja yang lebih erat bagi menjurus ke arah peningkatan mutu kerja di Kementerian Kewangan.

8. Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, saya menutup dengan rasminya Pesta Sukan Kementerian Kewangan kali ke-32 ini.

Sekian, terima kasih.


Kementerian Kewangan
1hb. Julai 2006

 

Best viewed using Mozilla Firefox 3.6  , Internet Explorer 8.0 ,with 1024x768 screen resolution.
Adobe Flash Player and Adobe Acrobat Reader is needed to view certain application on this portal
Copyright © 2011, MOF. All Rights Reserved
Developed and maintained by Information Technology Management Division,Treasury Malaysia.
mof logo small