Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  NEW FEEDBACK   FAQ
  FEEDBACK ENQUIRY   OFFICER LOGIN
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
Services Provided
treasury circular letters
media feedback
 internet banking
housing loan sms services
btn polisi hijau bi
btn polisi hijau bi

Calendar

<<  April 2014  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   2  3  4  5  6
  7  8  91013
141617181920
21222324252627
282930    
Calender   Details of the Event

Visitors Counter

mod_vvisit_counterTotal Visitors :18608531

Mobile Web

Scan the QR code for Mobile access.

qrcode
Last Update: 18 Apr 2014 07:04
images
images
images
images
images
images
images
images
   
 


" PROMPT, PRECISE, PLEASANT, PRINCIPLE"

MISSION STATEMENT

In Managing The Nation's Economy And Finance,
We At The Ministry Of Finance Undertake To Provide
Effective, Transparent And Efficient Services
As Well As Ensure Customer Satisfaction


Microsite MOF

  • MyProcurement

  • Customs Appeal

  • Budget 2014

  • GST

  • MyResults

myprocurement
MyProcurement Portal is the main gateway to
Government procurement that will list the latest
tender advertisements and results for all
Ministries.
trk
The Customs Appeal Tribunal Portal (CAT) is
an online system for filing appeal against the
decision of the Director General of Customs.
The CAT is an independent judiciary body
and its decisions can be enforced accordingly.
bajet
This website provides Budget Speech 2014 and download facilities for the speech, economic reports and the Proposed Federal Budget spending.
gst
Malaysian Goods and Services Tax (GST)
website which introduce value added tax on
consumption of goods and services. Get more
information on Malaysian GST here.
myresults
MyResults is directed towards Outcome-
Based Budgeting (OBB). This portal provides a variety of resources for reference, forums and
the latest developments.

Contact Us


MINISTRY OF FINANCE
Ministry Of Finance Complex
No. 5 Persiaran Perdana
Presint 2, Federal Government Administrative Centre
62592 WP Putrajaya
Tel: 03-8882 3000
Fax: 03-8882 3893/03-8882 3894

Enquiry

Feedback

MEDIA AND GALLERY

Video Collection
VIDEO
Audio Collections
AUDIO

eBuletin
eBULETIN
Photos Album
PHOTO ALBUM
Speech Collections
SPEECH
Newspaper Collections
NEWSPAPER

 

WCAG 2.0 (Level AA)

Valid XHTML 1.0 Transitional

There are no translations available.

 

Seminar Usahawan Muda WP
anjuran
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

 

 

 


Oleh
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menteri Kewangan II

 


Bukit Jalil Golf & Country Club
6hb Ogos 2005


 
Yang Berusaha Saudara Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia Dato' Mohamad Norza Zakaria
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Yang Berbahagia Tuan Haji Norazmi Mohameddan
Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Ketua-ketua UMNO Bahagian

Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO

Ahli-Ahli Jawatan Kuasa
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Dato'-dato'

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, dengan berkat dan limpah kurnia Allah s.w.t dapat kita bersama-sama pada pagi ini untuk majlis perasmian Seminar Usahawan Muda Wilayah Persekutuan anjuran Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan seminar pada hari ini. Seterusnya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, khususnya Biro ekonomi dan Pembangunan Usahawan kerana telah mengambil daya usaha menganjurkan Seminar Usahawan Muda untuk ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO di Wilayah Persekutuan pada hari ini.

3. Daya usaha yang ditunjukkan ini mencerminkan kesungguhan pihak penganjur untuk memberi kesedaran dan maklumat kepada ahli di Wilayah Persekutuan mengenai peluang-peluang keusahawanan yang wujud pada hari ini.

Hadirin yang di hormati sekelian,

4. Saya amat gembira melihat kehadiran golongan muda seperti tuan-tuan pada hari ini, yang menunjukkan minat untuk mendengar dan memahami isu pembangunan usahawan Bumiputera daripada dua agensi yang dijemput, iaitu Malaysian Franchise Association (MFA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Kedua-dua badan ini sememangnya boleh membantu membangunkan usahawan Bumiputera. PUNB sebenarnya ditubuhkan khusus untuk membantu usahawan Bumiputera.

5. Kedudukan kaum Bumiputera, yang masih lemah dalam bidang ekonomi bukanlah satu rahsia. Kita semua tahu sejauh mana pencapaian orang Melayu dalam penguasaan ekonomi negara, walaupun selepas 35 tahun Dasar Ekonomi Baru atau DEB diperkenalkan. Sehingga hari ini kita masih jauh daripada sasaran penguasaan Bumiputera dalam sektor ekonomi.

6. Saya percaya kita juga tahu secara umumnya apakah kesilapan yang telah menyebabkan Bumiputera, tidak dalam bidang ekonomi pada tahap yang disasarkan. Walaupun umumnya dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan sepanjang pelaksanaan DEB adalah betul dan mampu memberi kesan yang diharapkan, kita tidak berjaya sepenuhnya kerana kelemahan dua pihak utama. Di satu pihak, mungkin ada agensi atau pegawai pelaksana yang tidak bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan tugas berkaitan agenda Bumiputera seperti digariskan dalam DEB.  Ada antara mereka yang gagal memberi keutamaan kepada agenda DEB sepenuhnya, menyebabkan sasaran DEB tidak tercapai seperti diharapkan.

7. Di satu pihak lagi pula ialah masyarakat Bumiputera sendiri yang tidak menggunakan segala peluang dan kemudahan yang diberi dengan penuh tanggungjawab. Pelbagai peluang dan bantuan telah diberi, tetapi ada yang tidak melihat secara jangka panjang, menyebabkan tingkah laku mereka lebih berdasarkan kepentingan jangka pendek yang akhirnya menyusahkan diri sendiri dan menyekat kemajuan Bumiputera.
 
Hadirin sekelian,

8. Untuk memastikan pihak pelaksana dasar menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, kerajaan sudah pun mengambil beberapa langkah seperti usaha memperbaiki sistem penyampaian kerajaan (delivery system), menyusun semula GLC dan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dengan tumpuan kepada soal integriti.

9. Walau bagaimanapun, penambahbaikan dipihak kerajaan dan pelaksana sahaja tidak akan menjamin kejayaan untuk melonjakkan kaum Bumiputera ketahap lebih tinggi. Masyarakat Bumiputera sendiri hendaklah lebih serius dan bersungguh-sungguh dalam merebut semua peluang dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

10. Dalam dunia yang semakin bersaing, hanya yang terbaik dan berkebolehan akan berjaya. Untuk meningkatkan pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara, kita memerlukan ramai usahawan Melayu yang benar-benar ingin menjadi yang terbaik. Dengan segala macam bantuan dan galakan yang diberi, orang Melayu, terutamanya golongan muda seperti tuan-tuan sekelian hendaklah berani tampil kedepan membuktikan bahawa orang Melayu juga boleh menjadi peniaga dan usahawan yang berjaya.

11. Ramai orang Melayu yang ingin berniaga tetapi tidak tahu apakah jenis perniagaan yang harus diusahakan. Sebenarnya peluang perniagaan sentiasa ada bagi mereka yang bijak mengintai dan menganalisis peluang. Setiap produk dalam pasaran biasanya terletak dalam salah satu daripada empat sektor rantaian bekalan atau supply chain. Oleh itu, Bumiputera yang ingin berniaga perlulah mengintai apakah peluang yang ada di sepanjang supply chain. Sektor pertama dalam supply chain ialah sektor sumber asal bahan seperti tanaman, hasil laut, hasil galian dan sebagainya. Dengan penekanan kepada sektor pertanian sekarang ini, peluang perniagan dalam sektor pertama supply chain ini semakin meluas.

12. Seterusnya terdapat peluang berniaga di peringkat kedua supply chain iaitu iaitu sektor perkilangan dan pembuatan dimana bahan asal ditambah nilai untuk menghasilkan produk. Usahawan juga boleh membabitkan diri di peringkat ketiga supply chain iaitu sektor pemborongan dan pengedaran. Pembabitan Bumiputera di sektor ini masih sangat lemah. Kita memerlukan Bumiputera yang berani mendalami selok-belok sektor pemborongan dan pengedaran untuk menguasai peringkat ini.

13. Sektor terakhir ialah sektor peruncitan dimana Bumiputera masih sedikit bilangannya. Untuk meningkatkan bilangan Bumiputera di sektor peruncitan, kerajaan telah meminta PUNB melaksanakan program khas yang dipanggil Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan atau PROSPER yang kini sudah berusia lima tahun dan mula menunjukkan kejayaan.

Hadirin sekelian,

14.  Apabila kerajaan memberi bantuan untuk menggalakkan Bumiputera menjadi usahawan dan bergiat dalam perniagaan, kita ingin melihat mereka ini menjadi usahawan yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing. Malangnya ada dikalangan kita yang lebih cenderung kepada 'daya' yang lain iaitu tipu daya. Kelompok ini lebih berminat menggunakan helah dan tipu daya untuk mencari keuntungan dan kekayaan dengan jalan singkat, tanpa menggunakan banyak daya usaha. Ini menyebabkan mereka tidak dapat bertahan lama dan gagal dalam perniagaan yang diceburi.

15. Untuk berjaya dalam perniagaan, ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan. Paling utama, usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tertentu mengenai perniagaan yang diusahakan serta kemahiran dalam aspek pengurusan. Pada masa yang sama, usahawan bukan sahaja perlu melakukan perkara tertentu untuk berjaya, tetapi juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara tertentu untuk menolak kegagalan.

Hadirin yang dihormati sekelian,

16. Ramai pakar pengurusan suka mencadangkan kaedah tertentu dalam bentuk tujuh langkah yang harus diamalkan, seperti "Seven Habits of Highly Effective People" oleh Stephen Covey, atau "Seven Steps Service Procedure" oleh syarikat automotif Toyota bagi pengurusan bengkel mereka.

17. Saya ingin mengambil peluang pada hari ini untuk mencadangkan TUJUH perkara yang JANGAN dilakukan oleh usahawan jika ingin menempa kejayaan. Saya harap perkara-perkara yang akan saya cadangkan ini dapat membantu mengurangkan risiko kegagalan kepada usahawan.

18. Pertama sekali jangan memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar. Janganlah terikut-ikut dengan "sindrom goreng pisang," di mana bila ada orang berniaga goreng pisang, semua orang nak berniaga goreng pisang.

19.  Nasihat saya yang kedua ialah jangan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan Bumiputera gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapai masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

20. Perkara ketiga ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan agama kita, dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.

21. Seterusnya usahawan yang ingin berjaya jangan tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

22. Perkara kelima pula ialah jangan pinjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan. Jangan jadi seperti sesetengah usahawan yang pinjam wang untuk perniagaan tetapi guna wang itu untuk beli kereta mewah dan sebagainya.

23. Nasihat saya yang keenam ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

24. Nasihat ketujuh dan terakhir yang ingin saya cadangkan ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan Bumiputera yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan. Kata orang puteh, kita perlu "live and let live".
Hadirin sekelian,

25. Memang ada beberapa lagi perkara negatif yang perlu dielak oleh usahawan yang ingin berjaya. Saya mengutarakan sekadar tujuh perkara ini kerana perkara ini adalah antara perkara yang sering diabaikan oleh usahawan kita. Setiap usahawan dan peniaga seharusnya sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada amalan negatif yang boleh merosakkan perniagaan.

26.  Sebelum mengakhiri ucapan ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai konsep keusahawanan dalam konteks Islam. Dalam Islam, bidang keusahawanan adalah satu bidang kerja yang penting dan dimuliakan. Dari aspek keusahawanan Islam, status kerja tidak menjadi ukuran, selama mana usaha yang dilakukan adalah dari usaha yang halal. Allah  s.w.t telah menganjurkan perniagaan sebagai satu lapangan yang boleh diterokai seperti firman-Nya yang bermaksud:
"Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan ibadat haji). Kemudian apabila bertolak turun dari Padang Arafah (menuju ke Muzdalifah), maka sebutlah nama Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih di tempat Masy'aril-haram (di Muzdakifah), dan ingatlah kepada Allah dengan Menyebut-Nya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepada kamu; walaupun, sebelum ini kamu adalah dari golongan orang yang sesat (tersalah jalan ibadatnya)."
        (Surah al-Baqarah:198)

27. Ayat ini turun sewaktu wujud keraguan di kalangan umat Islam yang mengerjakan haji pada musim itu, sama ada mereka boleh berdagang pada musim haji. Dengan terjawabnya keraguan itu, maka musim haji itu sendiri adalah satu perhimpunan antarabangsa yang banyak memberi manfaat kepada umat Islam.

28. Firman Allah s.w.t itu begitu jelas meletakkan pernigaan sebagai satu kegiatan yang bukan sahaja halal, malah amat digalakkan. Beberapa hadis Nabi s.a.w juga menerangkan kelebihan orang yang berusaha sendiri. Antaranya (yang bermaksud):
"Sesungguhnya, seseorang yang membawa tali, lalu dia memikul seberkas kayu, lantas menjualnya, (dengan usaha itu Allah menjaga dirinya) adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang, baik mereka yang dipinta itu memberinya atau menghalangnya."
        (Bukhari dan Muslim)

29. Sabda baginda lagi:
 "Peniaga yang sangat benar dan amanah akan bersama para nabi, siddiqin dan para syuhada."
        (Hakim dan Tirmizi)

30. Sebenarnya, generasi pertama Islam telah melahirkan ramai usahawan yang beriman yang turut memainkan peranan yang penting dalam penyebaran agama Allah. Kualiti, keperibadian dan etika keusahawanan pada sahabat-sahabat seperti Abdurrahman bin Auf, Zubair Ibnul Awwam, Talhah bin Ubaidilah dan Shuhaib bin Sinan amat tinggi. Kehebatan Abdurrahman bin Auf dalam pengendalian perdagangan dirakamkan dalam kisah terkenal ketika kota Madinah menjadi gempar dengan kedatangan kafilah perdagangan mengandungi 700 kenderaan kepunyaan beliau.

31. Keusahawanan adalah satu medan dakwah yang cukup penting dalam Islam. Islam amat menggalakkan umatnya mencenurkan diri dalam bidang keusahawanan. Kita juga sedar bahawa melalui hasil keusahawanan inilah, iaitu menerusi bidang perdagangan, Islam sampai ke Tanah Melayu.

32. Dalam Islam, usahawan Muslim perlu mempunyai nilai, etika dan keperibadian Islam untuk membezakan mereka dengan para usahawan lain. Antara ciri-ciri yang perlu ialah:
(i) Usahawan yang berusaha dan bekerja mencari rezeki yang halal bagi mendapat keredaan Allah. Mereka tidak mencari harta untuk memuaskan keperluan material semata-mata atau bertakbur atau untuk bermegah-megah dengan kekayaan atau meminta untuk dihormati;
(ii) Usahawan yang mengendalikan kerjanya berteraskan akidah Islamiah dengan menyerahkan segala usahanya di bawah peliharaan Allah serta dengan kepastian bahawa segala amalnya akan dihisab oleh Allah pada hari akhirat kelak;
(iii) Usahawan yang tidak dilalaikan oleh kerja-kerja daripada mengingatkan Allah dan menunaikan fardu ain;
(iv) Usahawan yang bersifat sabar, lapang dada dan tulen rasa dalam kerjanya;
(v) Usahawan yang aktif dan produktif, realistik, berprinsip serta menghayati budaya kerja berrencana serta berwawasan dengan wawasan Islam.

33. Selain daripada sifat-sifat yang dinyatakan sebelum ini, seseorang usahawan Muslim perlu memenuhi etika-etika berikut:
(i) Bersifat adil dan ihsan. Konsep adil merujuk kepada keseimbangan yang sempurna dan muamalat dengan menggelakkan diri daripada berurusan dengan barangan atau perkhidmatan yang haram, menjauhkan diri dari syubhat, menanam sifat jujur dalam jual beli, menjauhi riba, menjauhi penipuan dan menggelakkan diri daripada unsur-unsur perjudian;
(ii) Memiliki ilmu keusahawanan dan ilmu perdagangan dari perspektif Islam. Pengetahuan ini akan membolehkan beliau memahami antara urusan perniagaan yang hak dengan yang batil. Tanpa kelengkapan ilmu keusahawanan dan ilmu perniagaan Islam, seseorang usahawan Muslim, walaupun cuba bersikap adil dan ihsan, akan tercebur atau terperangkap dalam sistem perniagaan yang penuh dengan pelbagai liku dan cabaran;
(iii) Bermatlamatkan pekerjaan sebagai satu ibadah dan tanggungjawab dengan objektik-objektif berikut:
- bersederhana dalam kehidupan (tawaduk);
- menabung untuk keluarga dan untuk perkara-perkara luar jangka; dan
- memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan fisabilillah.

 34. Saya ingin mengingatkan kepada saudara-saudara dan juga kepada diri saya sendiri supaya kita sentiasa berusaha membentuk peribadi ke arah aspirasi kemanusiaan yang hakiki, mengamalkan prinsip hidup bermoral tinggi, menghidupkan semangat berdikari, bekerjsama, berbaik sangka, menjalin persahabatan dengan niat yang ikhlas dan berkorban dalam perkara-perkara kebajikan.
 
35. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan syabas kepada pihak penganjur kerana menganjurkan majlis ini, dan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim merasmikan Seminar Usahawan Muda Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Sekian. Wabillahi taufik walhidayah,
              wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

6 Ogos 2005

 

Best viewed using Mozilla Firefox 3.6  , Internet Explorer 8.0 ,with 1024x768 screen resolution.
Adobe Flash Player and Adobe Acrobat Reader is needed to view certain application on this portal
Copyright © 2011, MOF. All Rights Reserved
Developed and maintained by Information Technology Management Division,Treasury Malaysia.
mof logo small