Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  NEW FEEDBACK   FAQ
  FEEDBACK ENQUIRY   OFFICER LOGIN
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
Services Provided
treasury circular letters
media feedback
 internet banking
housing loan sms services
btn polisi hijau bi
btn polisi hijau bi

Calendar

<<  April 2014  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   2  3  4  5  6
  7  8  91013
141617181920
21222324252627
282930    
Calender   Details of the Event

Visitors Counter

mod_vvisit_counterTotal Visitors :18607716

Mobile Web

Scan the QR code for Mobile access.

qrcode
Last Update: 18 Apr 2014 07:04
images
images
images
images
images
images
images
images
   
 


" PROMPT, PRECISE, PLEASANT, PRINCIPLE"

MISSION STATEMENT

In Managing The Nation's Economy And Finance,
We At The Ministry Of Finance Undertake To Provide
Effective, Transparent And Efficient Services
As Well As Ensure Customer Satisfaction


Microsite MOF

  • MyProcurement

  • Customs Appeal

  • Budget 2014

  • GST

  • MyResults

myprocurement
MyProcurement Portal is the main gateway to
Government procurement that will list the latest
tender advertisements and results for all
Ministries.
trk
The Customs Appeal Tribunal Portal (CAT) is
an online system for filing appeal against the
decision of the Director General of Customs.
The CAT is an independent judiciary body
and its decisions can be enforced accordingly.
bajet
This website provides Budget Speech 2014 and download facilities for the speech, economic reports and the Proposed Federal Budget spending.
gst
Malaysian Goods and Services Tax (GST)
website which introduce value added tax on
consumption of goods and services. Get more
information on Malaysian GST here.
myresults
MyResults is directed towards Outcome-
Based Budgeting (OBB). This portal provides a variety of resources for reference, forums and
the latest developments.

Contact Us


MINISTRY OF FINANCE
Ministry Of Finance Complex
No. 5 Persiaran Perdana
Presint 2, Federal Government Administrative Centre
62592 WP Putrajaya
Tel: 03-8882 3000
Fax: 03-8882 3893/03-8882 3894

Enquiry

Feedback

MEDIA AND GALLERY

Video Collection
VIDEO
Audio Collections
AUDIO

eBuletin
eBULETIN
Photos Album
PHOTO ALBUM
Speech Collections
SPEECH
Newspaper Collections
NEWSPAPER

 

WCAG 2.0 (Level AA)

Valid XHTML 1.0 Transitional

There are no translations available.

 

UCAPAN DI
MAJLIS PELANCARAN KAD BSN MATRIX-i
DAN PEMBIAYAAN PERIBADI-i
SEMPENA PEMBUKAAN RASMI BSN CAWANGAN PUTRAJAYA

 

OLEH:

Y. B TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP,
MENTERI KEWANGAN II
30 JUN 2005

 

Yang Berbahagia,  Dato' Abdul Azim Mohd Zabidi
Pengerusi Bank Simpanan Nasional


Yang Berbahagia,  Encik Tajuddin Atan
Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional


Dato’-Dato’ dan Datin-Datin


Tuan-tuan dan Puan-puan seekalian


Assalamualaikum dan Selamat Pagi

 

Saya mengucapkan terima kasih kerana dijemput untuk menghadiri majlis perasmiaan pembukaan cawangan terbaru Bank Simpanan Nasional di Menara Putrajaya Holdings, Putrajaya serta melancarkan produk-produk baru Skim Perbankan Islam BSN iaitu Skim Pembiayaan Peribadi – i dan Kad BSN Matrix-i.

2. Bank Simpanan Nasional, yang lebih dikenali sebagai BSN, telah ditubuhkan pada 1 Disember 1974 untuk mengambil alih perkhidmatan perbankan daripada Bank Simpanan Pejabat Pos. Dengan 392 buah cawangan dan 615 mesin ATM di seluruh Negara, BSN kini mempunyai seramai 5,300 kakitangan yang menjadi tulang belakangnya.

3. Sejajar dengan hasrat kerajaaan, mandat BSN adalah untuk memajukan dan menggembleng simpanan, khususnya daripada penyimpan-penyimpan kecil, untuk mengalakkan tabiat jimat cermat, untuk mengadakan saluran bagi orang ramai untuk menyimpan wang dan menggunakan wang ini bagi pelaburan selain membiayai pembangunan ekonomi negara.

4. Dalam tempoh 30 tahun penubuhannya, BSN bank telah mencatatkan perkembangan pesat selaras dengan kemajuan dicapai oleh institusi kewangan negara. Bagaimanapun, usaha memaju dan membangunkan organisasi harus diteruskan dan berpanjangan bagi memastikan BSN tidak tertinggal akibat perkembangan pesat ilmu pengetahuan dan globalisasi. Setiap kakitangan dan pengurusan BSN juga harus sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan melalui penguasan ilmu, amalan berbudi bahasa, amanah dalam menjalankan tugas, adil, cekap dan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh.

5. Selain itu, pengenalan dan penerimaan baik pengguna terhadap produk-produk perbankan Islam memerlukan BSN untuk mengkaji semula matlamatnya bagi menerima perubahan itu dan dalam masa yang sama melakukan penyesuaian bagi menyokong industri kewangan tempatan.  BSN, berada dalam kedudukan yang baik untuk menembusi pasaran perkhidmatan kewangan Islam yang sedang berkembang pesat. Dengan rangkaian cawangannya yang meluas dan pasaran terpilih yang terdiri daripada sebilangan besarnya masyarakat beragama Islam,  BSN mempunyai kedudukan yang baik untuk mengambil kesempatan penuh daripada produk-produk perbankan Islamnya. Justeru itu, pelancaran dua produk baru ini, iaitu Skim Pembiayaian Peribadi – i dan Kad BSMatrix – i, sebagai langkah tepat dan kena pada masanya.

6.   Dalam masa yang sama, BSN perlu teliti dalam melaksanakan tanggungjawab komersial dan sosialnya. Saya gembira bahawa BSN telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan baik melalui penubuhan 62 cawangan di kawasan terpencil seperti di Kapit dan Sarikei, Sarawak; di kawasan Felda seperti Sungai Sayong, Johor dan di Jengka, Pahang.

7.  BSN harus juga memberikan tumpuan supaya sentiasa berdaya komersial dengan mengamalkan amalan industri yang baik serta memajukan produk-produk yang berorientasikan pasaran.

 

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

8.   Sehingga April 2005, jumlah deposit dalam sistem perbankan adalah berjumlah RM652 bilion manakala jumlah pinjaman mencapai RM523 bilion. Kegiatan pinjaman bank terus tinggi dengan pertumbuhan disokong oleh sektor isi rumah dan perniagaan. Pemohonan pinjaman dan pengeluaran pinjaman untuk perniagaan masing-masing mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 12.8% dan 1.6%. Selain itu, permohonan pinjaman dan pengeluaran pinjaman untuk isi rumah masing-masing berkembang pada kadar 10.5% dan 9.5% setiap tahun. Jadi, permintaan bagi pembiayaian kewangan adalah tinggi dan mempunyai pasaran luas untuk dimanfaatkan oleh BSN.

9. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bank Simpanan Nasional dan dengan lafaz Bismillahirahimnirrahim, melancarkan Pembiayaan Peribadi-i dan Kad BSN Matrix-i dan merasmikan pembukaan BSN Cawangan Putrajaya

Sekian, terima kasih.
30 Jun 2005

 

Best viewed using Mozilla Firefox 3.6  , Internet Explorer 8.0 ,with 1024x768 screen resolution.
Adobe Flash Player and Adobe Acrobat Reader is needed to view certain application on this portal
Copyright © 2011, MOF. All Rights Reserved
Developed and maintained by Information Technology Management Division,Treasury Malaysia.
mof logo small