Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  NEW FEEDBACK   FAQ
  FEEDBACK ENQUIRY   OFFICER LOGIN
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
Services Provided
treasury circular letters
media feedback
 internet banking
housing loan sms services
btn polisi hijau bi
btn polisi hijau bi

Calendar

<<  April 2014  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   2  3  4  5  6
  7  8  91013
141617181920
21222324252627
282930    
Calender   Details of the Event

Visitors Counter

mod_vvisit_counterTotal Visitors :18607915

Mobile Web

Scan the QR code for Mobile access.

qrcode
Last Update: 18 Apr 2014 07:04
images
images
images
images
images
images
images
images
   
 


" PROMPT, PRECISE, PLEASANT, PRINCIPLE"

MISSION STATEMENT

In Managing The Nation's Economy And Finance,
We At The Ministry Of Finance Undertake To Provide
Effective, Transparent And Efficient Services
As Well As Ensure Customer Satisfaction


Microsite MOF

  • MyProcurement

  • Customs Appeal

  • Budget 2014

  • GST

  • MyResults

myprocurement
MyProcurement Portal is the main gateway to
Government procurement that will list the latest
tender advertisements and results for all
Ministries.
trk
The Customs Appeal Tribunal Portal (CAT) is
an online system for filing appeal against the
decision of the Director General of Customs.
The CAT is an independent judiciary body
and its decisions can be enforced accordingly.
bajet
This website provides Budget Speech 2014 and download facilities for the speech, economic reports and the Proposed Federal Budget spending.
gst
Malaysian Goods and Services Tax (GST)
website which introduce value added tax on
consumption of goods and services. Get more
information on Malaysian GST here.
myresults
MyResults is directed towards Outcome-
Based Budgeting (OBB). This portal provides a variety of resources for reference, forums and
the latest developments.

Contact Us


MINISTRY OF FINANCE
Ministry Of Finance Complex
No. 5 Persiaran Perdana
Presint 2, Federal Government Administrative Centre
62592 WP Putrajaya
Tel: 03-8882 3000
Fax: 03-8882 3893/03-8882 3894

Enquiry

Feedback

MEDIA AND GALLERY

Video Collection
VIDEO
Audio Collections
AUDIO

eBuletin
eBULETIN
Photos Album
PHOTO ALBUM
Speech Collections
SPEECH
Newspaper Collections
NEWSPAPER

 

WCAG 2.0 (Level AA)

Valid XHTML 1.0 Transitional

There are no translations available.

 

Majlis Pelancaran Kempen Bulan
Budi Bahasa
Dan Nilai-Nilai Murni 

 

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


UCAPAN

OLEH

TAN SRI  NOR MOHAMED YAKCOP
 MENTERI KEWANGAN II


31 MAC, 2005 (KHAMIS), 2:30 PTG
KEMENTERIAN KEWANGAN, PUTRAJAYA

 

 

 

Y.B Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri Kewangan I

YBM Dato' Tengku Putera Tengku Awang
Timbalan Menteri Kewangan II

Y.B Datuk Dr Hilmi Yahaya
Setiausaha Parlimen

Y.Bhg Dato' Izzuddin  Dali
Ketua Setiausaha Perbendaharaan


Tan Sri-Tan Sri


Datuk-Datuk


Saudara dan saudari  warga Kementerian Kewangan.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan  Salam sejahtera.


Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t dapat kita bersama-sama di  Majlis Pelancaran Kempen Amalan Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Kementerian Kewangan. 


2. Kempen Amalan Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni telah pun dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di peringkat kebangsaan pada 11 Januari lalu. Kempen ini merupakan satu agenda penting Kerajaan bertujuan untuk menyemai semula dan menyemarakkan amalan berbudi bahasa dan penghayatan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
       
                                                 
3. Amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni bukanlah merupakan satu amalan baru bagi kita rakyat Malaysia. Malahan, ianya menjadi warisan keluarga di mana dari kecil lagi kita telah sentiasa diasuh dan diterapkan dengan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Kita telah dididik supaya sentiasa hormat-menghormati, bertutur dengan sopan, bantu- membantu, merendah diri, jujur dan amanah dan berbagai lagi. Sudah tentunya, seseorang yang bersifat dan mengamalkan nilai-nilai ini akan dihormati dan dipandang mulia di kalangan keluarga dan masyarakat sekelilingnya.


Saudara -saudari sekelian,


4. Sebagai sebuah negara yang terbuka dan di dalam zaman perkembangan pesat ICT tanpa sempadan dan batasan ini, kita tidak dapat menyisihkan diri daripada terdedah kepada pengaruh dan asakan budaya dunia luar. Tetapi, apa yang penting ialah keupayaan kita untuk mengasingkan yang baik daripada yang buruk. Untuk ini, hanya dengan melengkapi diri dengan kekuatan berbudaya tinggi, dapat kita membezakan yang jernih dari yang keruh. Bahkan, ianya  akan menjadi sandaran dan benteng yang teguh dalam kehidupan kita untuk menghalang diri  dari tertarik dan seterusnya, terjerumus kepada gejala yang kurang sihat. 


5. Selain daripada pengaruh luar, di dalam keghairahan kita mengejar kemajuan dan materialisma kehidupan, kita juga mudah dipengaruhi oleh sikap mementingkan diri sendiri. Sikap sebegini  akan hanya membawa kepada unsur-unsur negatif seperti tidak jujur, tidak beramanah, tidak berintegriti serta keangkuhan diri. Kita seharusnya mempastikan dalam kita meraih kejayaan, sindrom negatif seperti ini jangan dibiar menular dalam budaya masyarakat kita.

6. Kerajaan amat prihatin kepada perkembangan yang kurang sihat ini dan menyedari jika tidak dibendung akan membawa kepada kehakisan budaya berbudi bahasa dan amalan nilai-nilai murni yang telah menjadi warisan bangsa kita. Oleh itu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni ini bertujuan menerap serta menanam keperibadian yang luhur ke dalam fikiran, hati budi serta perlakuan rakyat Malaysia di semua peringkat dan lapisan masyarakat.  Usaha ini bukan sahaja dapat menyuburkan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa malah mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, hormat-menghormati, saling bantu-membantu, di samping mengeratkan siratulrahim serta menyemarakkan lagi semangat muhibah di kalangan rakyat.


7. Sebagai sebuah negara majmuk yang berbilang kaum ini, amalan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa juga telah menjadi asas kukuh   dalam usaha kita menikmati jalinan perpaduan negara yang begitu erat selama ini.   Sikap tolong-menolong, bantu-membantu dan semangat gotong-royong yang telah memberi kekuatan dan menjadi kebanggan masyarakat kita perlu dipahatkan dalam kehidupan seharian semua rakyat.         


Saudara-saudari sekelian,


8. Bagi warga Kementerian Kewangan, kita juga memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menjaya dan memperkasakan Kempen memupuk budaya kerja yang berlandaskan budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni ini di dalam pesekitaran tempat kerja. Dalam kita berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan, berikan mereka perkhidmatan terbaik, pastikan kita senantiasa bersopan santun dan beradab dengan tutur kata yang lemah lembut dan suasana yang mesra serta sikap ingin senantiasa  membantu,  selaras  dengan  slogan  Perkhidmatan awam ‘Budi Bahasa Budaya Kerja’.  


9. Selain itu, sebagai warga Kementerian Kewangan, kita juga harus mengamalkan sikap berhati mulia, adil dan jujur. Berhati mulia akan melengkapkan kita dengan sifat bertimbang rasa dan bersedia untuk membantu. Seseorang yang bersikap adil pula tidak akan sewenang-wenang menyalah gunakan kuasa yang diberikan kepadanya. Sebaliknya, penerapan sikap adil akan menjamin seseorang dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah  dan bertanggungjawab. Orang yang jujur pula sentiasa tulus dan ikhlas dalam tingkah laku dan peradabannya semasa menjalankan tugas. Sesungguhnya, kesemua nilai-nilai ini menggambarkan keluruhan peribadi warga Kementerian dan seterusnya, mencerminkan imej organisasi kita di kaca mata awam. Oleh itu, sama-samalah kita kuatkan azam untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dengan penuh kecekapan dan kecermelangan.
      
                           
10. Semua amalan murni ini harus dipupuk dan disemai sejak daripada kecil lagi bagi memastikan generasi muda kenal akan warisan turun-temurun sejak zaman berzaman. Sebagai ahli dalam institusi keluarga, kita juga perlu bertanggungjawab mendidik dan membentuk setiap ahli keluarga kita supaya menjadi insan berperibadi mulia. Berbudi bahasa, beradab, bersopan santun serta bertoleransi harus sentiasa disemai bagi mempastikan kejayaan usaha Kerajaan untuk mewujudkan budaya rakyat yang berhemah tinggi. Janganlah kita hanya berjaya dalam meraih kemajuan kebendaan tetapi mundur dalam mencapai keperibadian mulia.


11. Akhir kata, marilah kita bersama-sama bekerjasama untuk mengukuhkan  budaya berbudi bahasa dan amalan nilai-nilai murni supaya ia kekal sebagai kebanggaan warisan bangsa.                                                     

Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


31 Mac 2005

 

Best viewed using Mozilla Firefox 3.6  , Internet Explorer 8.0 ,with 1024x768 screen resolution.
Adobe Flash Player and Adobe Acrobat Reader is needed to view certain application on this portal
Copyright © 2011, MOF. All Rights Reserved
Developed and maintained by Information Technology Management Division,Treasury Malaysia.
mof logo small