|
Late Payment and Procurement Procedure Complaints |
|
|
 
Kementerian Kewangan telah menubuhkan Unit Aduan Bayaran lewat pada 26 Januari 2001 berikutan dengan keputusan Majlis Tindakan Negara (MTEN). Tujuan penubuhan unit ini adalah untuk melayani dan menangani aduan daripada pembekal atau kontraktor yang masih belum mendapat bayaran terutamanya daripada Jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan. Aduan daripada syarikat swasta yang lain boleh juga dikemukakan untuk tindakan unit ini.Jika bekalan/perkhidmatan/kerja yang didakwa telah disempurnakan itu dapat dibuktikan maka Jabatan Kerajaan berkenaan hendaklah mengambil tindakan untuk menjelaskan bayaran dengan serta merta.
Jika sebaliknya, penjelasan perlu diberi mengapa bayaran tidak wajar dibuat. Bagi aduan yang melibatkan tuntutan diantara syarikat swasta yang tidak melibatkan Jabatan Kerajaan, Kes mereka akan dirujuk kepada Agensi Kawalselia yang berkenaan sekiranya pertelingkahan kontrak masih berterusan. Sistem ABL Online dibangunkan untuk membantu pengadu membuat aduan secara terus melalui internet dan membuat semakan status aduan pada bila-bila masa. | Nombor "Hot Line" Aduan Bayaran Lewat : 03-88823710 |
|
|
Last Updated on Monday, 15 September 2008 16:59 |