Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  NEW FEEDBACK   FAQ
  FEEDBACK ENQUIRY   OFFICER LOGIN
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
Services Provided
treasury circular letters
media feedback
 internet banking
housing loan sms services
btn polisi hijau bi
btn polisi hijau bi

Calendar

<<  April 2014  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   2  3  4  5  6
  7  8  91013
141617181920
21222324252627
282930    
Calender   Details of the Event

Visitors Counter

mod_vvisit_counterTotal Visitors :18610328

Mobile Web

Scan the QR code for Mobile access.

qrcode
Last Update: 18 Apr 2014 07:04
images
images
images
images
images
images
images
images
   
 


" PROMPT, PRECISE, PLEASANT, PRINCIPLE"

MISSION STATEMENT

In Managing The Nation's Economy And Finance,
We At The Ministry Of Finance Undertake To Provide
Effective, Transparent And Efficient Services
As Well As Ensure Customer Satisfaction


Microsite MOF

  • MyProcurement

  • Customs Appeal

  • Budget 2014

  • GST

  • MyResults

myprocurement
MyProcurement Portal is the main gateway to
Government procurement that will list the latest
tender advertisements and results for all
Ministries.
trk
The Customs Appeal Tribunal Portal (CAT) is
an online system for filing appeal against the
decision of the Director General of Customs.
The CAT is an independent judiciary body
and its decisions can be enforced accordingly.
bajet
This website provides Budget Speech 2014 and download facilities for the speech, economic reports and the Proposed Federal Budget spending.
gst
Malaysian Goods and Services Tax (GST)
website which introduce value added tax on
consumption of goods and services. Get more
information on Malaysian GST here.
myresults
MyResults is directed towards Outcome-
Based Budgeting (OBB). This portal provides a variety of resources for reference, forums and
the latest developments.

Contact Us


MINISTRY OF FINANCE
Ministry Of Finance Complex
No. 5 Persiaran Perdana
Presint 2, Federal Government Administrative Centre
62592 WP Putrajaya
Tel: 03-8882 3000
Fax: 03-8882 3893/03-8882 3894

Enquiry

Feedback

MEDIA AND GALLERY

Video Collection
VIDEO
Audio Collections
AUDIO

eBuletin
eBULETIN
Photos Album
PHOTO ALBUM
Speech Collections
SPEECH
Newspaper Collections
NEWSPAPER

 

WCAG 2.0 (Level AA)

Valid XHTML 1.0 Transitional

There are no translations available.

 

Kenyataan Akhbar
Oleh Y.B. Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan II,
Mengenai Tabung Usahawan Kecil


1) Kerajaan menyedari bahawa kegiatan perniagaan kecil adalah penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Masalah untuk mendapatkan pembiayaan yang dihadapi oleh perniagaan kecil telah dibincangkan di peringkat MTEN. Selaras dengan ini, Exco MTEN telah mengarahkan Bank Negara Malaysia untuk mempertimbangkan dan menyelesaikan dua (2) perkara bersabit dengan isu ini:

a) Untuk mempastikan penyediaan dana pinjaman yang mencukupi bagi memenuhi keperluan permintaan yang tinggi.

b) Untuk mempastikan bahawa dana yang disediakan dapat disalurkan daripada bank kepada peminjam dengan cepat.

2) Bagi memenuhi komitmen dan kesungguhan Kerajaan untuk membantu golongan usahawan kecil, skim Tabung Usahawan Kecil (TUK) telah dilaksanakan pada bulan Jun 1998 melalui peruntukan awal sebanyak RM90 juta. Skim tersebut telah dilaksanakan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), dengan kerjasama beberapa buah Institusi Kewangan. Skim TUK telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Dalam tempoh sepuluh (10) bulan pelaksanaannya, lebih daripada 28,000 usahawan kecil telah mengemukakan permohonan melibatkan pinjaman bernilai RM363 juta. Sehingga kini, sebanyak 8,586 pinjaman bernilai hampir RM90 juta telah diluluskan kepada gologan usahawan kecil diseluruh negara dan sebanyak RM160 juta lagi masih menunggu kelulusan bank. Ini bermakna peruntukan sebanyak RM90 juta yang disediakan untuk jangkamasa dua tahun telah habis digunakan untuk tempoh 10 bulan sahaja. .

3) Berdasarkan permintaan yang terus meningkat dan bagi memenuhi keperluan semasa, sukacita saya mengumumkan bahawa Bank Negara Malaysia telah bersetuju untuk memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta dibawah TUK. Ini menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan dibawah TUK sebanyak RM440 juta. Peruntukan tambahan dana kali ini merupakan peruntukan yang paling besar semenjak skim untuk peniaga kecil ini diperkenalkan dalam tahun 1986. Ianya juga melambangkan keperihatinan Kerajaan terhadap masalah pembiayaan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil pada masa kini. Dana TUK ini akan dapat membantu kegiatan peniaga-peniaga kecil dan seterusnya akan menyokong usaha Kerajaan untuk mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara. Peruntukan tambahan ini akan terus disalurkan melalui Institusi Kewangan untuk membantu usahawan kecil yang memerlukan pinjaman. Keutamaan akan diberikan kepada baki permohonan, bernilai RM160 juta, yang masih dalam peringkat pemerosesan bank.

4) Disamping itu, bagi membantu usahawan wanita, sukacita saya mengumumkan bahawa satu laluan khas di mana sebanyak RM50 juta daripada peruntukan tambahan ini akan disediakan khusus untuk usahawan wanita. Permohonan pinjaman daripada usahawan wanita akan diberi keutamaan di bawah laluan khas ini.

5) Selain daripada itu bagi mempertingkatkan keberkesanan skim TUK, penyertaan di dalam skim ini adalah dibuka kepada semua bank perdagangan dan syarikat kewangan. Ini diharap akan dapat memperluaskan lagi penyaluran pinjaman dan mempercepatkan pemerosesan serta pengeluaran pinjaman. Bank Negara Malaysia telah diarah untuk memantau proses kelulusan permohonan dan memastikan yang kelulusan daripada pihak institusi kewangan dapat diberikan dalam tempoh tidak melebihi satu bulan.




Menteri Kewangan II
Malaysia

 

Best viewed using Mozilla Firefox 3.6  , Internet Explorer 8.0 ,with 1024x768 screen resolution.
Adobe Flash Player and Adobe Acrobat Reader is needed to view certain application on this portal
Copyright © 2011, MOF. All Rights Reserved
Developed and maintained by Information Technology Management Division,Treasury Malaysia.
mof logo small