Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  MAKLUMBALAS BARU   SOALAN LAZIM
  SEMAK MAKLUMBALAS   PEGAWAI DAFTAR
picture PROSES MEMBUAT ADUAN    
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
BR1M
perkhidmatan disediakan
spp berkaitan perolehan kerajaan
maklumbalas media
perbankan internet
perkhidmatan sms pinjaman perumahan
btn polisi hijau
btn polisi hijau
Laman Utama SOALAN LAZIM Bahagian Perolehan Kerajaan Umum
Cetak Emel

 

 1. Apakah prinsip-prinsip perolehan kerajaan?
   
  Prinsip-prinsip perolehan kerajaan adalah seperti berikut:
   (a) Akauntabiliti awam (public accountability)
   (b) Diuruskan secara telus (transparent)
   (c) Nilai faedah yang terbaik (best value for money)
   (d) Saingan terbuka (open competition)
   (e) Adil dan saksama (fair dealing)
     
 2. Apakah kaedah-kaedah perolehan kerajaan?
   (a) Perolehan melalui panjar wang runcit
   (b) Perolehan melalui kontrak pusat
   (c) Pembelian terus
   (d) Perolehan melalui sebut harga
   (e) Perolehan melalui tender (terbuka/terhad)
     
 3. Apakah had nilai perolehan melalui panjar wang runcit dan syaratnya?
   
  Had nilai perolehan melalui panjar wang runcit adalah tidak melebihi RM500.00 bagi satu resit pembelian.  Perolehan melalui panjar wang runcit adalah untuk kegunaan segera.Tiada dokumen pembelian diperlukan (memadai dengan resit sahaja).
   
 4. Bagaimanakah maklumat mengenai perolehan Kerajaan boleh diperolehi?
   
  Maklumat tawaran perolehan Kerajaan secara tender boleh diperolehi melalui akhbar utama tempatan. Walau bagaimanapun, bagi maklumat tawaran secara sebut harga atau pembelian terus, syarikat boleh berhubung terus dengan Agensi Kerajaan berkenaan atau melihat papan kenyataan/laman web Agensi tersebut. Maklumat juga boleh diperoleh daripada Portal MyGovernment dan Portal MyProcurement.
   
 5. Bagaimanakah sesuatu syarikat/kontraktor layak dan boleh menyertai tender/sebut harga yang ditawarkan oleh Agensi Kerajaan?
   
  Syarikat perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah bidang kod yang berkenaan bagi membolehkannya menyertai tender/sebut harga untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan. Bagi syarikat yang ingin menyertai tender/sebut harga yang melibatkan perolehan kerja, syarikat hendaklah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB) jika berkaitan / Pusat Pendaftaran Kontraktor-kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) / Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan.
   
 6. Apakah undang-undang dan peraturan kewangan berkaitan perolehan Kerajaan?
   
  Undang-undang dan peraturan berkaitan dengan perolehan Kerajaan termasuklah:
   (a) Akta Acara Kewangan 1957 (Disemak 1972)
   (b) Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120)
   (c) Arahan Perbendaharaan
   (d) Surat-surat Pekeliling Perbendaharaan
   (e) Pekeliling-pekeliling Kontrak Perbendaharaan
   (f) Surat-surat Arahan Perbendaharaan
     
 7. Apakah dasar-dasar perolehan kerajaan?
     
   (a) Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan melalui penggunaan bahan/barangan tempatan dan penggunaan sektor perkhidmatan tempatan;
   (b) Mempertingkatkan keupayaan industri tempatan melalui pemindahan teknologi;
   (c) Menggalakan penglibatan usahawan Bumiputera; dan
   (d) Memelihara dan mempertahankan kepentingan dasar perolehan kerajaan bagi mencapai objektif nasional dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
     
 8. Apakah Arahan-arahan Perbendaharaan berkaitan perolehan Kerajaan?
     
  Arahan-arahan Perbendaharaan berkaitan perolehan Kerajaan adalah Arahan Perbendaharaan (AP) 166 hingga 206 dan 229 hingga 300. Selain dari AP-AP tersebut, Pekeliling-Pekeling Perbendaharaan (PP), Surat-Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) dan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa juga hendaklah dirujuk.
   
 9. Jika Arahan Perbendaharaan, SPP atau PKP tidak dapat dipatuhi oleh kerana sebab-sebab tertentu, apakah tindakan yang perlu diambil?
   
  Semua agensi hendaklah mematuhi peraturan kewangan berkaitan perolehan. Sekiranya agensi tidak dapat berbuat demikian kerana sebab-sebab tertentu, agensi hendaklah mendapatkan pengecualian daripada Kementerian Kewangan (perolehan Persekutuan) atau Pegawai Kewangan Negeri (perolehan Negeri) terlebih dahulu.
   
 10. Bagaimanakah Pekeliling, Surat Pekeliling dan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan boleh diperolehi?
   
  Semua Pekeliling, Surat Pekeliling, Pekeliling Kontrak Perbendaharaan dan Surat Arahan Perbendaharaan boleh diperolehi melalui laman web Perbendaharaan.
   
11. Apakah peraturan kewangan mengenai pelawaan kontraktor Gred G1 bagi kerja-kerja di bawah RM200,000?
   
  Semua kerja di bawah RM200,000 hendaklah dikhaskan untuk kontraktor Bumiputera Gred G1 yang berdaftar dengan CIDB dengan gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Pendaftaran kontraktor Gred G1 adalah dilakukan mengikut daerah dan oleh itu hanya kontraktor dalam daerah berkenaan sahaja boleh ditawarkan kerja di bawah RM200,000.
   
 12. Apakah maksud setiap jenis item?
   
  Setiap jenis item merujuk kepada pembelian terus bekalan/perkhidmatan sehingga RM50,000 setahun dari mana-mana pembekal tidak kira sama ada pembekal berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan sama ada pembekal bertaraf Bumiputera atau tidak. Maksud setiap jenis item boleh ditafsirkan berdasarkan kepada contoh-contoh berikut:
   (a) Pelbagai alat ganti yang boleh diperoleh daripada punca bekalan yang sama adalah satu jenis item.
   (b) Item pelbagai saiz hendaklah ditafsirkan sebagai satu jenis item. Contoh pembelian pelbagai saiz paku (1 inci atau 1 ½ inci), cermin, kasut dan bendera.
   (c) Set sofa yang merangkumi pelbagai jenis kerusi (sama ada kerusi 1 tempat duduk atau 3 tempat duduk) bersama meja, ditafsirkan kepada satu jenis item. Jika pembelian perabot terdiri daripada kerusi banquet dan set sofa, maka kerusi banquet dan set sofa boleh dianggap item yang berbeza.  Walau bagaimanapun, jika kedua-duanya boleh dibeli daripada pembekal yang sama, ianya boleh ditafsirkan sebagai satu jenis item (perabot).
   (d) Pembelian pelbagai toner ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada pembekal (satu punca) yang sama.
   (e) Pembelian alatulis (pen, pensel, pembaris, gunting, stapler, pemadam, gam dan sebagainya) ditafsirkan sebagai satu jenis item.
   (f) Pelbagai saiz kertas (A4, A3) dan kertas pelbagai warna adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item.
   (g) Komputer, printer, monitor, key board dan CPU adalah satu jenis item.
   (h) Pelbagai ubat adalah satu jenis item.
   (i) Bahan-bahan binaan seperti simen, kayu, papan, siling, paku adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item.
   (j) Pelbagai barangan elektrik seperti cerek, kipas angin, televisyen, radio, seterika, pengisar, peti sejuk  adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada pembekal (kedai elektrik) yang sama.
   (k) Pembelian pelbagai jenis sayuran dan pelbagai jenis ikan juga adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada satu pembekal (pasar) yang sama.
   
13. Berapa lamakah dokumen tender/sebut harga perlu disimpan?
  Arkib Negara Malaysia (ANM) telah mengeluarkan Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan (JPRKP). Buku tersebut boleh dibeli atau diperoleh daripada laman web ANM. Mengikut muka surat 52 dan 53 JPRKP surat-menyurat mengenai perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja termasuk iklan, dokumen tender, jadual tender dan laporan tender/sebut harga boleh dilupuskan setelah tindakan telah selesai dan rekod dimusnahkan selepas tempoh simpanan 7 tahun setelah mendapat kelulusan ANM.
   
 14. Apakah sistem pendaftaran kontraktor kerja yang digunakan pada masa sekarang?
  Kerajaan telah memutuskan pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK) mulai 15 Oktober 2012 dan seterusnya menyelaraskan semua pendaftaran kontraktor di bawah CIDB dan PKK. PKK masih berperanan untuk menyelia dan menguruskan pemberian taraf Bumiputera kepada kontraktor yang layak.
   
 15. Apakah sijil-sijil yang dikeluarkan oleh CIDB dan PKK?
  Dengan penguatkuasaan SSPK, sijil-sijil yang akan dikeluarkan oleh CIDB dan PKK adalah seperti berikut:
   (a) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) oleh CIDB;
   (b) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB; dan
   (c) Sijil Taraf Bumiputera (STB) oleh PKK.
   
 16. Apakah gred serta had nilai kewangan yang berkuat kuasa bagi kontraktor kerja untuk perolehan Kerajaan?
  Gred dan had kewangan yang berkuat kuasa adalah seperti berikut:
   
   KONTRAKTOR KERJA BANGUNAN / AWAM / MEKANIKAL
 
Gred  Had Kewangan
G1  RM200,000 dan ke bawah
G2  Melebihi RM200,000 hingga RM500,000
G3  Melebihi RM500,000 hingga RM1,000,000
G4  Melebihi RM1,000,000 hingga RM3,000,000
G5  Melebihi RM3,000,000 hingga RM5,000,000
G6  Melebihi RM5,000,000 hingga RM10,000,000
G7  Melebihi RM10,000,000
   
   
KONTRAKTOR KERJA ELEKTRIK
 
Gred  Had Kewangan
G1  Sehingga RM200,000 
G2  Sehingga RM500,000
G3  Sehingga RM1,000,000
G4  Melebihi RM200,000 hingga RM3,000,000
G5  Melebihi RM200,000 hingga RM5,000,000
G6  Melebihi RM200,000 hingga RM10,000,000
G7  Melebihi RM200,000 dan keatas
   
 17. Apakah kelayakan kontraktor kerja untuk mengambil bahagian dalam perolehan kerajaan?
  Kontraktor kerja hendaklah berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan untuk mengambil bahagian di dalam urusan perolehan kerja kerajaan.
Untuk taraf Bumiputera, kontraktor perlu mempunyai Sijil taraf Bumiputera (STB) daripada PKK.
   
 18. Bolehkah kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) atau Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juru Perunding Sarawak (UPKJ) menyertai perolehan kerja?
  Kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor-Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) atau Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juru Perunding Sarawak (UPKJ) boleh menyertai perolehan kerja seperti berikut:
   i. Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan PUKONSA atau UPKJ boleh dipelawa bersama-sama kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai SPKK untuk menyertai perolehan kerja yang menggunakan peruntukan Persekutuan di Semenanjung;
   ii. Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan UPKJ boleh dipelawa bersama-sama dengan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai SPKK untuk menyertai perolehan kerja yang menggunakan peruntukan Persekutuan di Sarawak. Kontraktor kerja yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai SPKK juga boleh dipelawa untuk menyertai bersama-sama dengan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan UPKJ bagi perolehan kerja yang menggunakan peruntukan Negeri di Sarawak; dan
   iii. Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan PUKONSA boleh dipelawa bersama-sama dengan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai SPKK untuk menyertai perolehan kerja yang menggunakan peruntukan Persekutuan di Sabah. Kontraktor kerja yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai SPKK juga boleh dipelawa untuk menyertai bersama-sama dengan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan PUKONSA bagi perolehan kerja yang menggunakan peruntukan Negeri di Sabah.
   
 19.  Pihak berkuasa manakah yang menetapkan kriteria dan syarat pendaftaran kontraktor kerja?
   Kriteria dan syarat baru pendaftaran kontraktor kerja mengikut gred, kategori dan pengkhususan ditetapkan oleh CIDB.
   
 20. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai pendaftaran kontraktor kerja, gred, kategori atau pengkhususan pihak mana perlu dihubungi?
  Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai pendaftaran kontraktor, Agensi boleh mendapat keterangan lanjut dengan merujuk kepada:
   
Ketua Eksekutif

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Tingkat 7, Grand Seasons Avenue
No. 72, Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur
Tel : 03-2617 0200
Faks : 03-2617 0220
Email : Alamat emel ini dilindungi daripada spambot, sila aktifkan Javascript untuk melihatnya
 
  atau:
    Pengarah
Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Aras 5, Blok Menara
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya
Tel : 03-8880 5200
Faks : 03-8880 5204
Email : Alamat emel ini dilindungi daripada spambot, sila aktifkan Javascript untuk melihatnya
   
 21. Apakah peraturan yang perlu dipatuhi bagi perolehan bahan/barangan import?
  Agensi hendaklah menggunakan sepenuhnya bahan/barangan/perkhidmatan tempatan dalam perolehan masing-masing. Perolehan import hanya akan dipertimbangkan setelah dipastikan ianya tidak boleh diperolehi secara tempatan.

Kelulusan pihak MITI hendaklah diperolehi terlebih dahulu bagi sebarang perolehan bahan/barangan import yang bernilai melebihi RM50 ribu. Agensi hendaklah memohon untuk mendapat pengesahan dan kelulusan MITI semasa peringkat perancangan perolehan lagi iaitu sebelum perolehan dilaksanakan.

Perolehan bahan/barangan siap yang diimport yang berada dalam Negara (ex-stock) yang bernilai melebihi RM50 ribu perlu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebelum perolehan bahan/barangan tersebut dibuat.

Bahan/barangan yang bernilai melebihi RM200 ribu bagi satu kontrak yang dibenarkan diimport hendaklah dilaksanakan secara Free On Board (FOB) kecuali bagi perolehan ubat-ubatan (SPP 18/2002), perolehan perisian ICT yang diimport (SPP 16/2001) dan perolehan peralatan latihan, penyelidikan dan perubatan yang tidak melebihi RM5 juta bagi satu kontrak (SPP 10/2007).
   
   
   
Terakhir Dikemaskini Selasa, 19 Mac 2013 11:23
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player   dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2011, MOF. Hakcipta Terpelihara
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia.


logo