Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  NEW FEEDBACK   FAQ
  FEEDBACK ENQUIRY   OFFICER LOGIN
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
Services Provided
treasury circular letters
media feedback
 internet banking
housing loan sms services
btn polisi hijau bi
btn polisi hijau bi

Calendar

<<  April 2014  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   2  3  4  5  6
  7  8  91013
141617181920
21222324252627
282930    
Calender   Details of the Event

Visitors Counter

mod_vvisit_counterTotal Visitors :18638207

Mobile Web

Scan the QR code for Mobile access.

qrcode
Last Update: 25 Apr 2014 01:25
images
images
images
images
images
images
images
images
   
 


" PROMPT, PRECISE, PLEASANT, PRINCIPLE"

MISSION STATEMENT

In Managing The Nation's Economy And Finance,
We At The Ministry Of Finance Undertake To Provide
Effective, Transparent And Efficient Services
As Well As Ensure Customer Satisfaction


Microsite MOF

  • MyProcurement

  • Customs Appeal

  • Budget 2014

  • GST

  • MyResults

myprocurement
MyProcurement Portal is the main gateway to
Government procurement that will list the latest
tender advertisements and results for all
Ministries.
trk
The Customs Appeal Tribunal Portal (CAT) is
an online system for filing appeal against the
decision of the Director General of Customs.
The CAT is an independent judiciary body
and its decisions can be enforced accordingly.
bajet
This website provides Budget Speech 2014 and download facilities for the speech, economic reports and the Proposed Federal Budget spending.
gst
Malaysian Goods and Services Tax (GST)
website which introduce value added tax on
consumption of goods and services. Get more
information on Malaysian GST here.
myresults
MyResults is directed towards Outcome-
Based Budgeting (OBB). This portal provides a variety of resources for reference, forums and
the latest developments.

Contact Us


MINISTRY OF FINANCE
Ministry Of Finance Complex
No. 5 Persiaran Perdana
Presint 2, Federal Government Administrative Centre
62592 WP Putrajaya
Tel: 03-8882 3000
Fax: 03-8882 3893/03-8882 3894

Enquiry

Feedback

MEDIA AND GALLERY

Video Collection
VIDEO
Audio Collections
AUDIO

eBuletin
eBULETIN
Photos Album
PHOTO ALBUM
Speech Collections
SPEECH
Newspaper Collections
NEWSPAPER

 

WCAG 2.0 (Level AA)

Valid XHTML 1.0 Transitional

There are no translations available.


Apakah langkah jangka panjang Kementerian yang disusun bagi mengatasi kegawatan ekonomi negara yang berlaku hari ini sama ada Kerajaan bersedia untuk mengadakan tabung-tabung baru bagi menyelamatkan pengusaha-pengusaha Bumiputera yang telah muflis.

 (a) Berapakah peruntukan yang telah disediakan bagi membantu syarikat-syarikat Bumiputera yang rugi ketika kegawatan ekonomi kerana dikatakan Bumiputera akan menjadi miskin jika tidak dibantu; dan
  
 Bagi mengatasi kegawatan ekonomi, Kerajaan telah pun mengambil langkah-langkah untuk memperteguhkan asas ekonomi dan menstabilkan pasaran kewangan dengan cara mengukuhkan imbangan pembayaran, meningkatkan daya saing eksport, mengurangkan import dan mengggalakkan penggunaan barangan keluaran tempatan. Kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan tabung-tabung baru bagi menyelamatkan usahawan-usahawan bumiputra yang menghadapi masalah kewangan memandangkan tabung-tabung yang sedia ada mampu untuk menyediakan sumber pembiayaan yang mencukupi. Langkah-langkah terbaru yang diambil terhad kepada usaha bagi memastikan lebih banyak syarikat-syarikat Bumiputra yang berdaya maju mendapat kemudahan pembiayaan seperti berikut:-
   
  (i) Menambahkan dana Tabung Industri Kecil dan Sederhana (TIKS) yang ditubuhkan pada 2 Januari 1998 sebanyak RM500 juta sebagai tambahan kepada peruntukan sedia ada RM1.0 bilion dan peruntukan sebanyak 60% daripada jumlah dana dikhaskan kepada usahawan Bumiputera;

  (ii) Menambahkan peruntukan dana kepada Tabung Usahawan Baru (TUB) sebanyak RM500 juta sebagai tambahan kepada peruntukan sedia ada berjumlah RM750 juta;

  (iii) Meningkatkan peruntukan kepada peminjam Bumiputera di bawah Tabung Untuk Makanan (TUM) daripada 30% kepada 50% jumlah dana sebanyak RM1.0 bilion; dan
(iv) menambah peruntukan dana Kemudahan Kredit Eksport yang dikendalikan oleh Exim-Bank sebanyak RM1.3 bilion kepada RM4.0 bilion.

  (iv) Bagi mengatasi kegawatan ekonomi, Kerajaan telah pun mengambil langkah-langkah untuk memperteguhkan asas ekonomi dan menstabilkan pasaran kewangan dengan cara mengukuhkan imbangan pembayaran, meningkatkan daya saing eksport, mengurangkan import dan mengggalakkan penggunaan barangan keluaran tempatan. Kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan tabung-tabung baru bagi menyelamatkan usahawan-usahawan bumiputra yang menghadapi masalah kewangan memandangkan tabung-tabung yang sedia ada mampu untuk menyediakan sumber pembiayaan yang mencukupi. Langkah-langkah terbaru yang diambil terhad kepada usaha bagi memastikan lebih banyak syarikat-syarikat Bumiputra yang berdaya maju mendapat kemudahan pembiayaan seperti berikut:-
   
 (b)Nyatakan pecahan jumlah bantuan atau suntikan modal dan nama syarikat-syarikat berserta dengan nama-nama pemegang saham majoritinya yang telah menerima RM400 juta ke atas, RM200 juta ke RM400 juta, RM100 juta ke RM200 juta, RM50 juta ke RM100 juta dan seterusnya.
  
 Semua syarikat Bumiputra yang berdaya maju dan memenuhi syarat-syarat pinjaman yang ditetapkan layak mendapat pinjaman di bawah tabung-tabung berkenaan dengan jumlah pinjaman adalah di antara minima RM10,000 hingga maksima RM5 juta sahaja. Oleh itu persoalaan jumlah pinjaman RM50 juta hingga RM400 juta yang disebut itu tidak berbangkit.
 
  (i)TABUNG INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
  Objektif: Untuk merangsang pelaburan baru dan penggunaan kapasiti sedia ada dalam sektor industri pembuatan, industri berasaskan pertanian dan industri perkhidmatan.
  Prestasi: Sehingga 22 Jun 1998 sebanyak 116 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pinjaman bernilai RM173.1 juta atau 12% daripada jumlah peruntukan RM1.5 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 40 permohonan yang diluluskan adalah Bumiputera dengan jumlah pinjaman RM74.9 juta (43%) manakala 76 permohonan dengan jumlah RM98.2 juta (57%) adalah Bukan Bumiputera. Walaupun jumlah pinjaman yang diluluskan meningkat tetapi jumlah pengeluaran masih perlahan berjumlah RM18.9 juta berbanding dengan jumlah yang diluluskan RM173.1 juta.
  
  (ii)TABUNG USAHAWAN BARU


Objektif: Untuk menggalakkan individu/perusahaan Bumiputera yang berpengalaman dan mahir dalam bidang tertentu menceburi perniagaan bagi tujuan membekal bahagian/bahan mentah/komponen kepada syarikat-syarikat besar.

Prestasi: Sehingga 30 Jun 1998 sebanyak 2091 permohonan telah diluluska n dengan jumlah pinjaman bernilai RM1 bilion daripada jumlah keseluruhan RM1.25 bilion. Setakat ini jumlah yang telah dikeluarkan (drawdown) RM900 juta.




 (iii)TABUNG UNTUK MAKANAN


Objektif: Untuk menggalakkan pelaburan baru dalam pengeluaran makanan utama, makanan diproses dan mempertingkatkan kecekapan pemasaran.

Prestasi: Sehingga 30 Jun 1998, sebanyak 1,187 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM336.9 juta iaitu 48% daripada jumlah peruntukan RM700 juta.




 (iv)KEMUDAHAN KREDIT EKSPORT


Objektif: Untuk membantu perkembangan eksport barangan dan perkhidmatan dari Malaysia.

Prestasi: Pemindahan dana kredit eksport daripada BNM kepada EXIM-Bank telah dilaksanakan pada 1 Januari 1998. Walau bagaimanapun, skim kemudahan kredit eksport tersebut masih belum dapat dilaksanakan oleh kerana EXIM-Bank masih lagi sedang dalam peringkat rundingan dengan sumber pembiayaan dana.
 

Best viewed using Mozilla Firefox 3.6  , Internet Explorer 8.0 ,with 1024x768 screen resolution.
Adobe Flash Player and Adobe Acrobat Reader is needed to view certain application on this portal
Copyright © 2011, MOF. All Rights Reserved
Developed and maintained by Information Technology Management Division,Treasury Malaysia.
mof logo small