Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  MAKLUMBALAS BARU   SOALAN LAZIM
  SEMAK MAKLUMBALAS   PEGAWAI DAFTAR
picture PROSES MEMBUAT ADUAN    
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
BR1M
perkhidmatan disediakan
spp berkaitan perolehan kerajaan
maklumbalas media
perbankan internet
perkhidmatan sms pinjaman perumahan
aduan bayaran
btn polisi hijau
btn polisi hijau
btn polisi hijau
Laman Utama SOALAN LAZIM Bahagian Analisa Cukai Insentif Membeli/Mengimport Kereta Di Bawah Program Malaysia My Second Home (MM2H)
Cetak Emel


1.Berapakah had harga maksimum kereta yang boleh dibeli di bawah insentif ini?



Tiada harga maksimum ditetapkan bagi membeli sebuah kereta yang dibuat/dipasang di Malaysia.


2.Berapakah kapasiti maksimum kereta yang boleh dibeli di bawah insentif ini?



Tiada had maksimum ditetapkan.


3. Bolehkah kereta yang telah diluluskan pengecualian duti/cukai dijual/ditukar hak milik?



Peserta perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Perbendaharaan sebelum kereta yang telah diluluskan itu dijual/ditukar hak milik.


4. Bolehkah kereta yang diluluskan pengecualian duti/cukai didaftarkan di atas nama isteri pemohon iaitu seorang warganegara Malaysia?



Kereta yang diluluskan di bawah program MM2H tidak boleh didaftarkan di atas nama isteri seorang warganegara Malaysia kerana insentif ini adalah untuk warganegara asing yang memiliki visa MM2H.


5. Saya dan isteri telah diluluskan visa MM2H, oleh kerana saya sering keluar negara, bolehkah isteri saya memohon untuk membeli kereta?



Permohonan hendaklah dikemukakan atas nama suami dan kereta yang dipohon kelulusan boleh didaftarkan atas nama isteri yang juga memiliki visa MM2H.


6. Saya, isteri dan dua orang anak telah diluluskan visa program MM2H ini, bolehkah saya dan isteri membuat permohonan berasingan bagi membolehkan kami memiliki dua buah kereta di bawah insentif ini?



Setiap keluarga hanya layak untuk memohon bagi membeli atau mengimport sebuah kereta sahaja.


7. Sekiranya tempoh kelulusan visa MM2H 5 tahun saya tamat, saya akan memperbaharui visa MM2H untuk tempoh 10 tahun lagi, bolehkah saya memohon pengecualian untuk sebuah lagi kereta?



Setiap peserta hanya layak memohon sebuah kereta sahaja tanpa mengambil kira berapa kali beliau memperbaharui tempoh visa.


8. Saya seorang warganegara Australia tetapi telah lama menetap di Hong Kong, Bolehkan saya mengimport kereta yang telah digunakan di Hong Kong dan adakah dokumen tambahan diperlukan?



Sekiranya telah menetap dalam tempoh yang lama di Hong Kong maka kereta tersebut boleh dibawa ke Malaysia di bawah program MM2H dengan memberi bukti seperti dokumen pemilikan hartanah, temporary resident card, surat sokongan/akuan dari syarikat ( jika bekerja) dan sebagainya.


9. Saya seorang warganegara Korea dan masih menetap di Korea, bolehkah saya mengimport kereta yang baru dibeli di German?



Peserta tidak boleh mengimport kereta dari negara ketiga. Hanya boleh mengimport kereta yang sedang digunakan di negara negara asal/domisil terakhir peserta.


10. Saya telah diluluskan visa MM2H, bolehkah saya mengimport sebuah kereta baru yang dibeli dari mana-mana negara?



Insentif ini hanya membenarkan peserta membeli kereta baru yang dibuat/dipasang di Malaysia sahaja. Manakala import adalah ke atas kereta yang sedang digunakan di negara asal/domisil terakhir peserta.

Terakhir Dikemaskini Jumaat, 23 Mac 2012 16:39
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player   dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2011, MOF. Hakcipta Terpelihara
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia.


logo