Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  MAKLUMBALAS BARU   SOALAN LAZIM
  SEMAK MAKLUMBALAS   PEGAWAI DAFTAR
picture PROSES MEMBUAT ADUAN    
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
BR1M
perkhidmatan disediakan
spp berkaitan perolehan kerajaan
maklumbalas media
perbankan internet
perkhidmatan sms pinjaman perumahan
btn polisi hijau
btn polisi hijau
Laman Utama Senarai Bahagian Tender Rundingan Terus Bagi Bekalan/Perkhidmatan
Tender Rundingan Terus Bagi Bekalan/Perkhidmatan Cetak Emel
 Langkah  Proses Kerja
 1 Agensi mengenal pasti bekalan /perkhidmatan yang akan diperolehi.
 2 Agensi mendapatkan perkhidmatan juruperunding (jika perlu). Catatan: Sekiranya agensi memerlukan perkhidmatan juruperunding, hendaklah mengikut tatacara yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 1995
 3 Agensi menyediakan spesifikasi/skop perkhidmatan, menjalankan kajian pasaran untuk mengenalpasti pembekal dan mendapatkan maklumat harga (anggaran) dan seterusnya mengemukakan cadangan mengenai kaedah perolehan untuk pertimbangan pegawai pengawal/lembaga perolehan
 4 Pegawai pengawal/lembaga perolehan mempertimbangkan cadangan jawatankuasa penilaian teknikal dan membuat keputusan ke atas kaedah perolehan.
 5a,5b Agensi memohon kelulusan Kementerian Kewangan bagi perolehan secara rundingan terus.Agensi menguruskan perolehan mengikut keputusan Pegawai Pengawal/LPA.
 6 Kementerian Kewangan mengkaji permohonan agensi (dapatkan maklumat tambahan dan mengadakan mesyuarat dengan agensi jika perlu) dan menyediakan memorandum untuk kelulusan mengikut had kuasa yang ditetapkan dalam tempoh tidak melebihi 10 hari.
 7 KSP/YBTMK1/YBMK mempertiimbangkan permohonan dan membuat keputusan. Catatan: Lulus bersyaratPermohonan diluluskan dengan syarat agensi mengemukakan hasil rundingan kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan.

Lulus tanpa syaratPermohonan diluluskan dan agensi hanya perlu mengemukakan hasil rundingan kepada Pegawai Pengawal/LPA
 8 Kementerian Kewangan memaklumkan keputusan kepada agensi dalam tempoh 3 hari.
 9,9a,9b Lulus bersyarat /tanpa syaratAgensi mengeluarkan dengan segera surat niat (LOI) kepada syarikat yang telah diluluskan. Tidak lulus Agensi menguruskan perolehan mengikut tatacara perolehan yang sedang berkuat kuasa.
 10,10b Agensi menubuhkan jawatankuasa rundingan teknikal dan harga dan mengadakan rundingan dengan syarikat. Catatan:

(a) Jawatankuasa hendaklah dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 orang pegawai kumpulan pengurusan dan profesional.
(b) Rundingan hendaklah mengambil masa sebulan untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan.
(c) Hasil rundingan yang dipersetujui hendaklah diminitkan dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak).
 11,11a Lulus tanpa syarat: Agensi mengemukakan hasil rundingan yang telah dipersetujui/disahkan untuk kelulusan Pegawai Pengawal / LPA.
Jika lulus agensi terus ke langkah 15
Jika tidak lulus agensi akan mengadakan semula rundingan harga.
 12,12a Lulus bersyarat: KSP/YBTMK1/YBMK mempertimbang permohonan dan membuat keputusan
Lulus tanpa syarat:Pegawai Pengawal/LPA mempertimbang dan membuat keputusan.
 13 Lulus bersyarat Kementerian Kewangan mengeluarkan surat kelulusan hasil rundingan harga kepada jabatan/agensi dalam tempoh 3 hari.
Lulus tanpa syarat:Pegawai Pengawal/LPA mempertimbang dan membuat keputusan.
 14,14a Lulus bersyarat Kementerian Kewangan mengeluarkan surat kelulusan hasil rundingan harga kepada jabatan/agensi dalam tempoh 3 hari.
 15 Agensi mengeluarkan surat setuju terima dalam tempoh 2 minggu. Catatan: Perjanjian hendaklah disediakan dalam salinan yang mencukupi mengikut keperluan.
 16 Agensi menandatangani kontrak setelah kontraktor mengemukakan Bon Pelaksanaan sama ada dalam bentuk jaminan bank atau jaminan insuran atau wang jaminan pelaksanaan dalam tempoh tidak melebihi 4 bulan dan seterusnya mentadbir kontrak berkenaan.
 17 Agensi menguruskan bayaran kepada kontraktor

<>

Terakhir Dikemaskini Khamis, 08 April 2010 11:01
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player   dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2011, MOF. Hakcipta Terpelihara
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia.


logo