Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  MAKLUMBALAS BARU   SOALAN LAZIM
  SEMAK MAKLUMBALAS   PEGAWAI DAFTAR
picture PROSES MEMBUAT ADUAN    
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
BR1M
perkhidmatan disediakan
spp berkaitan perolehan kerajaan
maklumbalas media
perbankan internet
perkhidmatan sms pinjaman perumahan
btn polisi hijau
btn polisi hijau
Laman Utama Senarai Bahagian Tender Terhad bagi Perolehan Bekalan/Perkhidmatan
Tender Terhad bagi Perolehan Bekalan/Perkhidmatan Cetak Emel
 Langkah  Proses Kerja
 1 Agensi menentukan jenis barangan/perkhidmatan yang akan dilaksanakan secara tender terhad dan seterusnya menyediakan spesifikasi/skop perkhidmatan. Agensi hendaklah menentukan jenis tender terhad yang akan dipelawa sama ada:-

· Terhad Tempatan
· Terhad Antarabangsa
· Terhad Bumiputera
· Terhad kepada Pembuat/Pengilang
 2 Agensi hendaklah menyediakan dokumen tender yang lengkap dan mengandungi perkara-perkara seperti berikut:-

· Arahan kepada petender
· Spesifikasi
· Borang tender
· Syarat-syarat tender
· Terma-terma kontrak/dokumen perjanjian
· Senarai kuantiti/ringkasan tender
· Jadual kadar harga
· Tempoh kontrak/tempoh penghantaran/kuantiti kontrak
· Cadangan pemindahan teknologi
· Prestasi/trek rekod
· Profail dan kedudukan kewangan petender
· Perkara-perkara lain jika berkenaan
 3 Urus setia atau pegawai memproses tender hendaklah membuat pemilihan syarikat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:-

· Keupayaan syarikat dari segi pengurusan, personel, bilangan kakitangan teknikal dan lain-lain
· Prestasi/trek rekod
· Beban & kedudukan kerja dalam tangan
· Kedudukan kewangan
· Lain-lain kriteria yang berkaitan Bagi tender terhad yang di bawah bidang kuasa lembaga perolehan agensi (LPA), agensi hendaklah membuat pemilihan di kalangan sekurang-kurangnya 5 syarikat Bumiputera tempatan. Agensi boleh mencadangkan syarikat Bumiputera di negeri/daerah terdekat sekiranya bilangan syarikat Bumiputera tempatan tidak mencukupi.
 4, 4a&4b Urus setia atau pegawai memproses tender hendaklah membentangkan perakuan pemilihan syarikat kepada pihak yang meluluskan/LPA yang berkenaan. Kuasa meluluskan pemilihan syarikat bagi tender terhad mengikut had nilai adalah seperti berikut:-

a) Lembaga perolehan kementerian/jabatan sehingga RM5 juta.
b) Lembaga perolehan persekutuan peringkat negeri sehingga RM1 juta.
c) Lembaga perolehan persekutuan (Sabah/Sarawak) sehingga RM1 juta.
d) Lembaga perolehan badan berkanun dan syarikat Kerajaan sehingga RM10 juta Perolehan yang melebihi had nilai LPA di atas hendaklah dirujuk kepada Kementerian Kewangan.
 5a Bagi pemilihan syarikat yang di bawah bidang kuasa LPA, keputusan LPA untuk tidak bersetuju dengan perakuan urus setia/pegawai memproses tender boleh berlaku dalam 2 keadaan seperti berikut:-

a) Sekiranya LPA tidak bersetuju dengan senarai syarikat yang telah   dikemukakan, pihak urus setia atau pegawai memproses tender perlu mengemukakan semula nama syarikat yang baru untuk pertimbangan LPA.
b) Sekiranya LPA tidak bersetuju dengan kaedah tender terhad maka agensi hendaklah menguruskan perolehan mengikut kaedah tender terbuka.
 5b Bagi pemilihan syarikat yang di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, keputusan Kementerian Kewangan untuk tidak bersetuju dengan perakuan agensi boleh berlaku dalam 2 keadaan seperti berikut:-

a) Sekiranya Kementerian Kewangan tidak bersetuju dengan senarai syarikat yang telah dikemukakan, Kementerian Kewangan akan memutuskan senarai syarikat yang baru kepada agensi.
b) Sekiranya Kementerian Kewangan tidak bersetuju dengan kaedah tender terhad maka agensi hendaklah menguruskan perolehan mengikut kaedah tender terbuka.
 6 Setelah keputusan pemilihan untuk tender terhad diterima daripada lembaga perolehan agensi/Kementerian Kewangan, urus setia/pegawai memproses tender hendaklah menghantar surat pelawaan menyertai tender terhad kepada syarikat-syarikat yang dipilih.
 7 Tempoh minima tarikh tutup tender bagi tender tempatan ialah 21 hari manakala bagi tender antarabangsa ialah 56 hari. Selepas tarikh tender ditutup, agensi dikehendaki melaksanakan pembukaan tender yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembuka Tender yang dilantik oleh agensi yang dipengerusikan oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional. Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:-

· Menyediakan laporan pembukaan tender
· Memberikan kod untuk setiap petender
· Mencatatkan harga tawaran seperti di dalam borang tawaran syarikat
· Mencatatkan tarikh sah laku tawaran, tempoh siap dan lain-lain maklumat yang berkaitan
 8 Dua jawatankuasa berasingan iaitu jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa kewangan perlu ditubuhkan yang bertanggungjawab menilai semua tawaran mengikut spesifikasi teknikal dan kewangan dan menyediakan laporan kepada urus setia tender (pegawai memproses tender).
 9 Urus setia tender (pegawai memproses tender) menyediakan kertas taklimat tender dengan mengambil kira laporan penilaian teknikal dan kewangan untuk dibentangkan di mesyuarat lembaga perolehan. Pembentangan kertas taklimat tender dibuat oleh pegawai memproses tender untuk pertimbangan lembaga perolehan dan urus setia mesyuarat menyediakan minit mesyuarat lembaga perolehan. Keputusan tersebut hendaklah ditanda tangani oleh ahli lembaga perolehan. Had kuasa lembaga perolehan agensi adalah seperti berikut:-

· Lembaga perolehan/kementerian/jabatan sehingga RM30 juta
· Lembaga perolehan persekutuan (Sabah/Sarawak) sehingga RM20 juta
· Lembaga perolehan badan berkanun dan syarikat Kerajaan sehingga RM100 juta Perolehan yang melebihi had di atas hendaklah dirujuk ke Kementerian Kewangan. Keputusan yang tidak sebulat suara juga perlu dirujuk ke Kementerian Kewangan.
 10,11,12 Bagi perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai sehingga RM30 juta (kementerian)/RM20 juta (Sabah/Sarawak)/RM100 juta (badan berkanun dan syarikat Kerajaan) ianya akan diputuskan oleh lembaga perolehan agensi. Sekiranya lembaga perolehan agensi membuat keputusan bersyarat i.e. mendapatkan penurunan harga/rundingan harga, perubahan tempoh siap dll, maka surat niat hendaklah dikeluarkan. Di samping itu rundingan hendaklah diadakan. Hasil rundingan hendaklah dikemukakan kepada lembaga perolehan agensi untuk keputusan muktamad (jika perlu) sebelum surat setuju terima dikeluarkan. Sekiranya keputusan tanpa syarat, agensi hendaklah mengeluarkan surat setuju terima kepada syarikat yang berjaya.
 13 Bagi perolehan kerja yang bernilai melebihi RM30 juta (kementerian) / RM20 juta (Sabah/Sarawak) / RM100 juta (badan berkanun dan syarikat Kerajaan), lembaga perolehan agensi akan mengemukakan perakuan kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan. Setelah Kementerian Kewangan menerima perakuan daripada agensi, tindakan selanjutnya adalah untuk menyediakan memorandum untuk pertimbangan KSP/YBTMK/YABMK bagi mendapatkan keputusan muktamad. Kementerian Kewangan akan mengeluarkan surat keputusan kepada agensi setelah keputusan muktamad dibuat.
 14,15,16&17 Sekiranya Kementerian Kewangan membuat keputusan bersyarat maka agensi hendaklah mengeluarkan surat niat kepada syarikat yang dipilih dan seterusnya merundingkan perkara-perkara yang ditetapkan i.e. mendapatkan penurunan harga/rundingan harga, perubahan tempoh siap dll. Hasil rundingan hendaklah dimaklumkan semula kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan muktamad sekiranya perlu sebelum surat setuju terima dikeluarkan. Sekiranya keputusan Kementerian Kewangan tanpa syarat agensi hendaklah mengeluarkan surat setuju terima.
 18 Dokumen kontrak hendaklah disediakan, dikemas kini dan dimuktamadkan serta ditandatangani oleh pihak yang terlibat tidak lewat dari 4 bulan daripada surat setuju terima dikeluarkan dan tidak boleh melangkaui tempoh siap kontrak. Perjanjian kontrak akan ditandatangani setelah syarikat mengemukakan bon pelaksanaan. Bagi tender tempatan, bon pelaksanaan boleh dibuat sama ada dalam bentuk:-

· Jaminan bank
· Jaminan insurans
· Jaminan syarikat kewangan
· Jaminan Bank Islam
· Jaminan takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful Bagi tender antarabangsa, bon pelaksanaan hendaklah dalam bentuk jaminan bank dalam Ringgit Malaysia dari bank-bank yang menjalankan perniagaan di Malaysia.
 19 Agensi hendaklah memastikan urusan pentadbiran kontrak dilaksanakan dan klausa-klausa di dalam kontrak dipatuhi serta dikuatkuasakan untuk menjaga kepentingan Kerajaan. Agensi hendaklah memantau perlaksanaan kontrak dan memberikan maklum balas ke atas keberkesanan pelaksanaan kontrak.
 20 Agensi hendaklah memastikan syarikat telah melaksanakan dan menyempurnakan bekalan/perkhidmatan dengan memuaskan dan sempurna. Seterusnya bayaran hendaklah dibuat dengan teratur.

Terakhir Dikemaskini Khamis, 08 April 2010 15:30
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player   dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2011, MOF. Hakcipta Terpelihara
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia.


logo