Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  MAKLUMBALAS BARU   SOALAN LAZIM
  SEMAK MAKLUMBALAS   PEGAWAI DAFTAR
picture PROSES MEMBUAT ADUAN    
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
BR1M
perkhidmatan disediakan
spp berkaitan perolehan kerajaan
maklumbalas media
perbankan internet
perkhidmatan sms pinjaman perumahan
btn polisi hijau
btn polisi hijau
Laman Utama Senarai Bahagian Tender Terbuka bagi Perolehan Bekalan/Perkhidmatan
Tender Terbuka bagi Perolehan Bekalan/Perkhidmatan Cetak Emel
Langkah  Proses Kerja
 1 Agensi menentukan jenis item barangan/perkhidmatan yang akan dilaksanakan dan seterusnya menyediakan spesifikasi/ skop perkhidmatan. Syarikat yang layak menyertai tender hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Agensi hendaklah menentukan jenis tender terbuka yang akan dipelawa sama ada:

· Terbuka Tempatan
· Terbuka Antarabangsa
· Terbuka Khas Bumiputera
· Terbuka khas kepada Pembuat / Pengilang
 2 Agensi mengambil tindakan menyediakan dokumen tender yang antaranya mengandungi perkara-perkara berikut: · Arahan kepada petender

· Spesifikasi
· Borang tender
· Syarat-syarat tender
· Terma-terma kontrak/dokumen perjanjian
· Senarai kuantiti/ringkasan tender
· Jadual kadar harga
· Tempoh kontrak / tempoh penghantaran / kuantiti kontrak
· Cadangan pemindahan teknologi
· Prestasi/trek rekod
· Profail dan kedudukan kewangan petender
· Perkara-perkara lain yang berkaitan
 3 Mengiklankan tender di akhbar-akhbar tempatan. Sekurang-kurangnya satu akhbar harian utama Bahasa Melayu. Bagi tender antarabangsa sekurang-kurangnya 2 akhbar tempatan - 1 Bahasa Melayu dan 1 Bahasa Inggeris. Di dalam iklan tender, agensi hendaklah menyatakan antaranya perkara-perkara berikut:- · Jenis tender sama ada dikhaskan kepada bumiputera/tempatan/antarabangsa

. Kelas kontraktor
· Lain-lain syarat wajib

Bagi tender tempatan, tarikh tutup tender sekurang-kurangnya 21 hari manakala tender antarabangsa sekurang-kurangnya 56 hari. Selepas tarikh tender ditutup agensi dikehendaki melaksanakan pembukaan tender yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembuka Tender yang dilantik oleh agensi yang dipengerusikan oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional.
 4 Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

. Menyediakan laporan pembukaan tender
· Memberikan kod untuk setiap petender
· Mencatatkan harga tawaran seperti di dalam borang tawaran syarikat
. Mencatatkan tarikh sah laku tawaran, tempoh siap dan lain-lain maklumat yang berkenaan.

Setelah disempurnakan, dokumen-dokumen tawaran dan maklumat pembukaan tender diserahkan kepada urus setia tender (pegawai memproses tender).
 5 Dua jawatankuasa berasingan iaitu jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa kewangan perlu ditubuhkan yang bertanggungjawab menilai semua tawaran mengikut spesifikasi teknikal dan kewangan dan menyediakan laporan kepada urus setia tender (pegawai memproses tender).
 6 Urus setia tender (pegawai memproses tender) menyediakan kertas taklimat tender dengan mengambil kira laporan penilaian teknikal dan kewangan untuk dibentangkan di mesyuarat lembaga perolehan
 7 Pembentangan kertas taklimat tender oleh pegawai memproses tender untuk pertimbangan lembaga perolehan. Urus setia mesyuarat menyediakan minit mesyuarat lembaga perolehan. Keputusan tersebut hendaklah ditanda tangani oleh ahli lembaga perolehan. Had kuasa lembaga perolehan agensi adalah seperti berikut:- · Lembaga perolehan/kementerian/jabatan sehingga RM30 juta

· Lembaga perolehan persekutuan (Sabah/Sarawak) sehingga RM20 juta
· Lembaga perolehan badan berkanun dan syarikat Kerajaan sehingga RM100 juta

Perolehan yang melebihi had di atas hendaklah dirujuk ke Kementerian Kewangan. Keputusan yang tidak sebulat suara juga perlu dirujuk ke Kementerian Kewangan.
 8-10 Bagi perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai sehingga RM30 juta (kementerian) / RM20 juta (Sabah/Sarawak) / RM100 juta (badan berkanun dan syarikat Kerajaan) ianya akan diputuskan oleh lembaga perolehan agensi. Sekiranya lembaga perolehan agensi membuat keputusan bersyarat i.e. mendapatkan penurunan harga/rundingan harga, perubahan tempoh bekalan dan lain-lain, keputusan bersyarat hendaklah dimaklumkan semula kepada lembaga perolehan agensi dan agensi hendaklah mengeluarkan surat niat. Sekiranya keputusan tanpa syarat agensi dikehendaki mengeluarkan surat setuju terima.
 11-12 Bagi perolehan bekalan / perkhidmatan yang bernilai melebihi RM30 juta (kementerian) / RM20 juta (Sabah/Sarawak) / RM100 juta (badan berkanun dan syarikat Kerajaan), lembaga perolehan agensi akan mengemukakan perakuan kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan. Setelah Kementerian Kewangan terima perakuan daripada agensi, tindakan menyediakan memorandum untuk pertimbangan KSP/YBTMK/YABMK bagi mendapatkan keputusan muktamad. Kementerian Kewangan akan mengeluarkan surat keputusan kepada agensi setelah keputusan muktamad dibuat.
 13-15 Sekiranya keputusan bersyarat maka agensi hendaklah mengeluarkan surat niat dan merundingkan serta memaklumkan semula kepada Kementerian Kewangan. Sekiranya keputusan Kementerian Kewangan tanpa syarat agensi dikehendaki mengeluarkan surat setuju terima.
 16 Dokumen kontrak yang telah disediakan, dikemas kini dan dimuktamadkan serta ditandatangani oleh pihak yang terlibat tidak lewat dari 4 bulan daripada surat setuju terima dikeluarkan dan tidak boleh melangkaui tempoh kontrak. Perjanjian kontrak akan ditandatangani setelah syarikat mengemukakan bon pelaksanaan. Bagi tender tempatan, bon pelaksanaan boleh dibuat sama ada dalam bentuk:-

· Jaminan bank
· Jaminan insurans
· Jaminan syarikat kewangan
· Jaminan Bank Islam
· Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful Bagi tender antarabangsa, bon pelaksanaan hendaklah dalam bentuk jaminan bank dalam Ringgit Malaysia dari bank-bank yang menjalankan perniagaan di Malaysia.
 13 Bagi perolehan kerja yang bernilai melebihi RM50 juta (kementerian) / RM20 juta (negeri) / RM100 juta (badan berkanun dan syarikat Kerajaan), lembaga perolehan agensi akan mengemukakan perakuan kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan. Setelah Kementerian Kewangan terima perakuan daripada agensi, tindakan menyediakan memorandum untuk pertimbangan KSP/YBTMK/YABMK bagi mendapatkan keputusan muktamad. Kementerian Kewangan akan mengeluarkan surat keputusan kepada agensi setelah keputusan muktamad dibuat.
 14-15 Sekiranya keputusan bersyarat maka agensi hendaklah merunding dan memaklumkan semula kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan muktamad sekiranya perlu sebelum surat setuju terima dikeluarkan. Sekiranya keputusan Kementerian Kewangan tanpa syarat agensi hendaklah mengeluarkan surat setuju terima.
 16 Dokumen kontrak yang telah disediakan, dikemas kini dan dimuktamadkan serta ditandatangani oleh pihak yang terlibat tidak lewat dari 4 bulan daripada surat setuju terima dikeluarkan dan tidak boleh melangkaui tempoh siap projek. Perjanjian kontrak akan ditandatangani setelah syarikat mengemukakan bon pelaksanaan. Bagi tender tempatan, bon pelaksanaan boleh dibuat sama ada dalam bentuk:-

· Jaminan bank
· Jaminan insurans
· Jaminan syarikat kewangan
· Jaminan Bank Islam
· Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful
· Wang jaminan pelaksanaan

Bagi tender antarabangsa, bon pelaksanaan hendaklah dalam bentuk jaminan bank dalam Ringgit Malaysia dari bank-bank yang menjalankan perniagaan di Malaysia.
 17 Agensi hendaklah mempastikan urusan pentadbiran kontrak dilaksanakan dan klausa-klausa di dalam kontrak dipatuhi serta dikuatkuasakan untuk menjaga kepentingan Kerajaan. Perlaksanaan kontrak hendaklah dipantau dan memberikan maklum balas keatas keberkesanan pelaksanaan kontrak.
 18 Agensi hendaklah memastikan syarikat telah melaksanakan dan menyempurnakan bekalan/perkhidmatan dengan memuaskan dan sempurna. Seterusnya bayaran hendaklah dibuat dengan teratur

 

Terakhir Dikemaskini Khamis, 08 April 2010 10:30
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player   dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2011, MOF. Hakcipta Terpelihara
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia.


logo