Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  MAKLUMBALAS BARU   SOALAN LAZIM
  SEMAK MAKLUMBALAS   PEGAWAI DAFTAR
picture PROSES MEMBUAT ADUAN    
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
BR1M
perkhidmatan disediakan
spp berkaitan perolehan kerajaan
maklumbalas media
perbankan internet
perkhidmatan sms pinjaman perumahan
btn polisi hijau
btn polisi hijau
Laman Utama Senarai Bahagian Proses Kerja Tender Terbuka Bagi Perolehan Kerja
Proses Kerja Tender Terbuka Bagi Perolehan Kerja Cetak Emel

 Langkah

 Proses Kerja

 1 Agensi menentukan jenis projek yang akan dilaksanakan dan seterusnya menyediakan skop kerja.
 2, 2a & 2bAgensi hendaklah menentukan perolehan kerja sama ada akan dilaksanakan oleh jabatan teknik atau perunding. Bagi perolehan kerja yang melebihi RM200,000 syarikat yang layak menyertai tender hendaklah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan Pusat Khidmat Kontraktor.
 3Agensi hendaklah menentukan jenis tender terbuka yang akan dipelawa sama ada:

- Terbuka Tempatan
- Terbuka Antarabangsa
- Terbuka Khas Bumiputera
 4
Agensi menyediakan dokumen tender yang antaranya mengandungi perkara-perkara berikut:-

· Arahan kepada petender
· Skop Kerja
· Borang tender· Syarat-syarat tender
· Terma-terma kontrak/dokumen perjanjian
· Senarai kuantiti/ringkasan tender
· Jadual kadar harga
· Lukisan teknikal/pelan
· Tempoh siap· Cadangan pemindahan teknologi
· Prestasi/trek rekod
· Profail dan kedudukan kewangan petender
· Perkara-perkara lain yang berkaitan
 5Mengiklankan tender di akhbar-akhbar tempatan. Sekurang-kurangnya satu akhbar harian utama Bahasa Melayu. Bagi tender antarabangsa sekurang-kurangnya 2 akhbar tempatan - 1 Bahasa Melayu dan 1 Bahasa Inggeris. Agensi seterusnya mengambil tindakan penjualan dokumen tender. Di dalam iklan tender, agensi hendaklah menyatakan antaranya perkara-perkara berikut:-

. Jenis tender sama ada dikhaskan kepada bumiputera/tempatan/antarabangsa
· Kelas kontraktor
· Lain-lain syarat wajib
6Bagi tender tempatan, tarikh tutup tender tempoh minimanya ialah 21 hari manakala tender antarabangsa tempoh minimanya 56 hari. Selepas tarikh tender ditutup agensi dikehendaki melaksanakan pembukaan tender yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembuka Tender yang dilantik oleh agensi yang dipengerusikan oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional. Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:-

· Menyediakan laporan pembukaan tender
· Memberikan kod untuk setiap petender
· Mencatatkan harga tawaran seperti di dalam borang tawaran petender
. Mencatatkan tarikh sah laku tawaran, tempoh siap dan lain-lain maklumat yang berkaitan

Setelah disempurnakan, dokumen-dokumen tawaran dan maklumat pembukaan tender diserahkan kepada urus setia tender (pegawai memproses tender).
7Satu jawatankuasa teknikal dan kewangan perlu ditubuhkan yang bertanggungjawab menilai semua tawaran mengikut spesifikasi teknikal dan kewangan dan menyediakan laporan kepada urus setia tender (pegawai memproses tender).
 8Urus setia tender (pegawai memproses tender) menyediakan kertas taklimat tender dengan mengambil kira laporan penilaian teknikal dan kewangan untuk dibentangkan di mesyuarat lembaga perolehan.
 9Pembentangan kertas taklimat tender dibuat oleh pegawai memproses tender untuk pertimbangan lembaga perolehan dan urus setia mesyuarat menyediakan minit mesyuarat lembaga perolehan. Keputusan tersebut hendaklah ditanda tangani oleh ahli lembaga perolehan. Had kuasa lembaga perolehan agensi adalah seperti berikut:-

· Lembaga perolehan/kementerian/jabatan sehingga RM50juta
· Lembaga perolehan persekutuan peringkat negeri sehingga RM20 juta
· Lembaga perolehan persekutuan (Sabah/Sarawak) sehingga RM20juta
· Lembaga perolehan badan berkanun dan syarikat Kerajaan sehingga RM100 juta

Perolehan yang melebihi had di atas hendaklah dirujuk ke Kementerian Kewangan.
Keputusan yang tidak sebulat suara juga perlu dirujuk ke Kementerian Kewangan.
10-12Bagi perolehan kerja yang bernilai sehingga RM50 juta (kementerian)/RM20 juta (negeri)/RM100 juta (badan berkanun dan syarikat Kerajaan) ianya akan diputuskan oleh lembaga perolehan agensi. Sekiranya lembaga perolehan agensi membuat keputusan bersyarat i.e. mendapatkan penurunan harga/rundingan harga, perubahan tempoh siap dan lain-lain, maka surat niat hendaklah dikeluarkan.
 10-12 (samb)Di samping itu rundingan hendaklah diadakan. Hasil rundingan hendaklah dikemukakan kepada lembaga perolehan agensi, untuk keputusan muktamad (jika perlu) sebelum surat setuju terima dikeluarkan. Sekiranya keputusan tanpa syarat, agensi hendaklah mengeluarkan surat setuju terima kepada syarikat yang berjaya.
 13Bagi perolehan kerja yang bernilai melebihi RM50 juta (kementerian) / RM20 juta (negeri) / RM100 juta (badan berkanun dan syarikat Kerajaan), lembaga perolehan agensi akan mengemukakan perakuan kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan. Setelah Kementerian Kewangan terima perakuan daripada agensi, tindakan menyediakan memorandum untuk pertimbangan KSP/YBTMK/YABMK bagi mendapatkan keputusan muktamad. Kementerian Kewangan akan mengeluarkan surat keputusan kepada agensi setelah keputusan muktamad dibuat.
 14-17Sekiranya keputusan bersyarat maka agensi hendaklah merunding dan memaklumkan semula kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan muktamad sekiranya perlu sebelum surat setuju terima dikeluarkan. Sekiranya keputusan Kementerian Kewangan tanpa syarat agensi hendaklah mengeluarkan surat setuju terima.
 18Dokumen kontrak yang telah disediakan, dikemas kini dan dimuktamadkan serta ditandatangani oleh pihak yang terlibat tidak lewat dari 4 bulan daripada surat setuju terima dikeluarkan dan tidak boleh melangkaui tempoh siap projek. Perjanjian kontrak akan ditandatangani setelah syarikat mengemukakan bon pelaksanaan.Bagi tender tempatan, bon pelaksanaan boleh dibuat sama ada dalam bentuk:-

· Jaminan bank
· Jaminan insurans
· Jaminan syarikat kewangan
· Jaminan Bank Islam
· Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful
· Wang jaminan pelaksanaan

Bagi tender antarabangsa, bon pelaksanaan hendaklah dalam bentuk jaminan bank dalam Ringgit Malaysia dari bank-bank yang menjalankan perniagaan di Malaysia.
19Agensi hendaklah memastikan urusan pentadbiran kontrak dilaksanakan dan klausa-klausa di dalam kontrak dipatuhi serta dikuatkuasakan untuk menjaga kepentingan Kerajaan. Perlaksanaan kontrak hendaklah dipantau dan memberikan maklum balas keatas keberkesanan pelaksanaan kontrak.
 20Agensi hendaklah memastikan syarikat telah melaksanakan kerja dengan memuaskan dan sempurna dan seterusnya bayaran hendaklah dibuat dengan teratur.


Terakhir Dikemaskini Khamis, 08 April 2010 15:58
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player   dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2011, MOF. Hakcipta Terpelihara
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia.


logo