|
Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari |
|
|
|
Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan Dan Aktuari bertanggungjawab untuk memperoleh pinjaman bagi membiayai projek-projek pembangunan Kerajaan, memberi pinjaman dan melaburkan wang-wang Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri dan menentukan dasar-dasar berkaitan dengan pasaran kewangan dan pasaran modal.
Ke arah mencapai matlamat tersebut, kami berjanji:
- Perolehan pinjaman dari sumber dalam dan luar negeri untuk membiayai projek akan diuruskan dalam tempoh berikut:
|
a. Kelulusan untuk meminjam |
1 bulan |
|
b. Penyediaan dan kelulusan dokumentasi |
1 bulan |
|
c. Pematuhan syarat duluan (condition precedent) |
2 minggu |
-
Pemberian pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri, syarikat, badan berkanun dan badan-badan lain akan diuruskan dalam tempoh berikut:
|
a. Kelulusan untuk memberi pinjaman |
1 bulan |
|
b. Penyediaan dan kelulusan dokumentasi |
1 bulan |
|
c. Pengeluaran pinjaman |
2 minggu |
-
Pemberian kelulusan permohonan agensi untuk meminjam
|
2 minggu |
- Proses kelulusan untuk memberi jaminan ke atas pinjaman oleh agensi dan syarikat Kerajaan
|
1 bulan |
- Proses kelulusan cadangan dasar, pindaan perundangan dan perintah- perintah dari agensi kawal selia
| 2 minggu
|
- Kawalan pematuhan dasar dan pemakaian peraturan, perundangan yang telah ditetapkan
|
2 minggu |
- Penyelarasan dasar saham amanah
|
2 minggu |
- Proses kelulusan program kerjasama dan hal ehwal institusi kewangan antarabangsa
|
1 bulan |
- Proses kelulusan program modal teroka
|
2 minggu |
- Proses kelulusan hal ehwal korporat syarikat Kerajaan dalam bidang modal teroka
|
2 minggu |
- Kajian skim gaji, saraan dan pencen sektor awam serta kaedah pelaksanaannya bagi syarikat, badan berkanun korporat dan Kerajaan.
|
6 bulan |
- Kajian pelan dan skim insurans sosial bagi syarikat korporat, koperasi, persatuan dan majlis.
|
2 bulan |
- Proses kelulusan penetapan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan rizab Lembaga Tabung Haji (LTH)
|
2 bulan |
- Perakuan untuk kelulusan ke atas cadangan pelaburan KWSP, PERKESO, LTH dan LTAT
|
2 minggu |
- Perakuan untuk pengesahan pinjaman bagi Tabung Infrastruktur Pelancongan.
|
2 minggu |
- Proses kelulusan dasar/garis panduan tabung pembangunan
|
1 bulan |
|
|
Terakhir Dikemaskini Jumaat, 28 Oktober 2011 11:37 |