Latar Belakang

Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkanPekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004 bagi menggantikan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1979 yang menghendaki Unit Audit Dalam ditubuhkan di Kementerian/Jabatan Persekutuan.Pengeluaran Pekeliling ini adalah untuk memantapkan lagi pelaksanaan audit dalam di Kementerian dan Jabatan Persekutuan serta Kerajaan Negeri memandangkan pelbagai perkembangan telah berlaku dalam bidang audit dalam terutamanya perubahan dalam peranan audit dalam. Audit dalam selain bertanggungjawab memberi kepastian, dikehendaki juga memberi khidmat perundingan dan menambah nilai kepada organisasinya.Di samping itu, bilangan Unit Audit Dalam telah bertambah di peringkat Kementerian dan Jabatan Persekutuan serta Unit Audit Dalam baru telah diwujudkan di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Definisi Audit Dalam

Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi organisasi.

Objektif dan Tanggungjawab Unit Audit Dalam

 (a)

Objektif Unit Audit Dalam adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan proses kawalan dan tadbir urus.

 (b)

Unit Audit Dalam diberi tanggungjawab menjalankan tugas audit pengurusan kewangan, audit   prestasi dan sistem ICT.

 (c)

Bidang tugas Unit Audit Dalam meliputi semua Bahagian/Cawangan di Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan (yang tidak mempunyai Unit Audit Dalam) di dalam kawal seliaan Kementerian selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998. 

Peranan  Perbendaharaan Malaysia Sebagai Kuasa Pusat

Perbendaharaan Malaysia adalah Kuasa Pusat yang bertanggungjawab memantau dan menyelaras pelaksanaan audit dalam di Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, khususnya dalam perkara-perkara seperti berikut:-

 (a) mengeluarkan arahan dasar umum;
 (b) menyediakan garis panduan pengauditan;
 (c) memberi nasihat dan bimbingan berkaitan pelaksanaan audit dalam; dan 
 (d) menilai keberkesanan pelaksanaan audit dalam.


Kementerian/Jabatan Persekutuan Yang Mempunyai Unit Audit Dalam

Kementerian/Jabatan Persekutuan yang telah menubuhkan Unit Audit Dalam adalah seperti berikut:

  1.  Kementerian Pertahanan
  2.  Kementerian Kesihatan
  3.  Kementerian Pelajaran
  4.  Kementerian Dalam Negeri
  5.  Kementerian Kerja Raya
  6.  Kementerian Luar Negeri
  7.  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  8.  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  9.  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
10.  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 
11.   Kementerian Belia dan Sukan
12.  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
13.  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
14.   Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan 
15.  Kementerian Pelancongan
16.   Kementerian Pengajian Tinggi
17.  Kementerian Wilayah Persekutuan
18.   Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
19.  Kementerian Pengangkutan
20.   Kementerian Sumber Manusia
21.  Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
22.   Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
23.   Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
24.   Jabatan Perdana Menteri
25.   Perbendaharaan Malaysia
26.   Jabatan Perkhidmatan Awam
27.   Jabatan Peguam Negara
28.   Perpustakaan Negara Malaysia 
29.   Suruhanjaya Pilihan Raya
30. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
31. Jabatan perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia

 

Kerajaan Negeri Yang Mempunyai Unit Audit Dalam

Kerajaan Negeri yang telah menubuhkan Unit Audit Dalam adalah seperti berikut:

 1.   Jabatan Ketua Menteri Sarawak
 2.  Kementerian Kewangan Sabah
 3.  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
 4.  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
 5.  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
 6.  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
 7.  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
 8.  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
 9.  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
 10.  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
 11.  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
 12.  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
 13.  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis