Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Kewangan Strategik
Kami adalah komited dan berjanji bahawasanya kami akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan Keberkesanan Sistem Pengurusan Kewangan seperti berikut:
Khidmat nasihat mengenai Sistem Pengurusan Kewangan, Audit Dalam dan hal-hal Perakaunan secara berkesan dalam tempoh antara 5 hingga 14 hari bergantung kepada keperluan merujuk kepada pihak ketiga;
Menganjur Latihan Pengurusan Kewangan in-situ dan hands-on dan latihan Audit Dalam dengan pencapaian prestasi sekurang-kurangnya 80% dan ke atas dari segi kepuasan peserta kursus secara keseluruhan;
Melaksanakan penilaian keberkesanan setiap Unit Audit Dalam Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun;
Meluluskan permohonan Borang-Borang Kewangan baru atau pindaan dari Agensi-agensi Kerajaan dalam tempoh 1 bulan;
Meluluskan permohonan kod baru hasil dan perbelanjaan dalam tempoh 3 hari; dan
Melaksanakan Integrated Financial Management System (IFMS) untuk kegunaan Pengurusan Atasan Perbendaharaan sebelum 30 Jun 2011.
Terakhir Dikemaskini Isnin, 14 Februari 2011 14:50
Penafian:- Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.