Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  MAKLUMBALAS BARU   SOALAN LAZIM
  SEMAK MAKLUMBALAS   PEGAWAI DAFTAR
picture PROSES MEMBUAT ADUAN    
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
BR1M
perkhidmatan disediakan
spp berkaitan perolehan kerajaan
maklumbalas media
perbankan internet
perkhidmatan sms pinjaman perumahan
aduan bayaran
btn polisi hijau
btn polisi hijau
btn polisi hijau
Laman Utama PERCUKAIAN Kelulusan Ejen Cukai Panduan Bagi Permohonan Ejen Cukai
Panduan Bagi Permohonan Ejen Cukai Cetak Emel

 

PANDUAN BAGI PERMOHONAN EJEN CUKAI
[Subseksyen 153(3) Akta Cukai Pendapatan 1967]

Kelulusan Ejen Cukai dikeluarkan bagi tempoh 3 tahun dan perlu diperbaharui 4 bulan sebelum tamat tempoh.

A. PERMOHONAN BARU EJEN CUKAI

1.

SYARAT KELAYAKAN
a. Mempunyai kelulusan dan pengalaman seperti di Lampiran A;
b. Menghadiri Seminar Bajet tahunan terkini anjuran LHDNM/CTIM/MATA; dan
c. Mempunyai 40 mata Continuing Professional Development (CPD)/Continuing Prefessional Education (CPE) dalam tempoh satu (1) tahun terkini. Penentuan mata CPD/CPE adalah seperti di Lampiran B

2.

PROSEDUR PERMOHONAN
a. Permohonan dibuat secara online melalui Sistem Maklumat Pengurusan Cukai (SMPC) di http://smpc.treasury.gov.my.
b. Permohonan hendaklah disertakan dengan :
i. Wang proses sebanyak RM50.00 boleh dibuat melalui perkhidmatan Perbankan Internet (Fi Proses Ejen Cukai). Resit pembayaran melalui perbankan internet ini hendaklah dilampirkan bersama permohonan;
ii. Surat pengesahan tempoh pengalaman dalam bidang percukaian oleh majikan berkenaan;dan
iii. Senarai Pelanggan sekurang-kurangnya 20 kes atau kes-kes yang dikendalikan bagi tempoh 1 tahun terkini.
c. Pemohon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga oleh LHDNM.
d. Pemohon yang gagal dalam temuduga pertama boleh membuat rayuan kepada MOF dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat penolakan untuk temuduga kedua oleh MOF dan LHDNM.
e. Pemohon yang rayuannya ditolak atau gagal dalam temuduga kedua, boleh memohon semula selepas enam (6) bulan dari tarikh surat penolakan.

B.

PERMOHONAN PEMBAHARUAN EJEN CUKAI

1.

SYARAT PEMBAHARUAN
Pemohon hendaklah memenuhi syarat seperti berikut:
a. Menghadiri Seminar Bajet Tahunan terkini anjuran LHDNM/CTIM/MATA; dan
b. Mempunyai 90 mata Continuing Professional Development (CPD)/Continuing Professional Education (CPE) dalam tempoh tiga (3) tahun terkini. Pengecualian separuh mata CPD/CPE bagi pembaharuan kelulusan ejen cukai diberi kepada ejen cukai yang  berusia 60 tahun ke atas. Penentuan mata CPD/CPE adalah seperti di Lampiran B.

2.

PROSEDUR PERMOHONAN PEMBAHARUAN
a. Permohonan dibuat secara online melalui Sistem Maklumat Pengurusan Cukai (SMPC) http://smpc.treasury.gov.my.
b. Permohonan hendaklah disertakan dengan :
i. Wang proses sebanyak RM50.00 boleh dibuat melalui perkhidmatan Perbankan Internet (Fi Proses dan Ejen Cukai). Resit pembayaran melalui perbankan internet ini hendaklah dilampirkan bersama permohonan; dan
ii. Senarai Pelanggan sekurang-kurangnya 30 kes atau kes-kes yang dikendalikan bagi tempoh 3 tahun terkini.
c. Permohonan hendaklah dikemukakan 4 bulan sebelum tarikh tamat kelulusan Ejen Cukai.




d. Kelewatan mengemukakan permohonan pembaharuan dalam masa yang ditetapkan akan mengakibatkan kelulusan berkenaan tidak dapat bersambung sehari selepas tarikh kelulusan tamat. Kelulusan yang telah tamat melebihi satu (1) tahun tidak layak diperbaharui dan pemohon perlu membuat permohonan baru.



Terakhir Dikemaskini Selasa, 29 Mei 2012 08:12
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player   dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2011, MOF. Hakcipta Terpelihara
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia.


logo