Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  MAKLUMBALAS BARU   SOALAN LAZIM
  SEMAK MAKLUMBALAS   PEGAWAI DAFTAR
picture PROSES MEMBUAT ADUAN    
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
BR1M
perkhidmatan disediakan
spp berkaitan perolehan kerajaan
maklumbalas media
perbankan internet
perkhidmatan sms pinjaman perumahan
aduan bayaran
btn polisi hijau
btn polisi hijau
btn polisi hijau
Laman Utama PERCUKAIAN Prosidur Pengecualian Tatacara Permohonan Taraf Institusi Latihan Yang diluluskan
Taraf Institusi Latihan Yang diluluskan Cetak Emel


Institusi Latihan Yang Diluluskan ialah institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi maksud membolehkan syarikat lain mendapat galakan potongan cukai dua kali sekiranya syarikat tersebut menghantar pekerjanya untuk diberi latihan diinstitusi berkenaan. Dengan demikian, galakan ini akan menjadi pendorong kepada syarikat untuk menghantar pekerjanya untuk latihan di institusi latihan yang diluluskan.

Bagi institusi latihan itu sendiri, ianya akan dapat menikmati pengecualian duti import, cukai jualan dan duti eksais ke atas peralatan latihan sama ada yang diimport ataupun diberi dari pasaran tempatan.

Kelayakan Permohonan

Institusi yang layak memohon ialah institusi latihan Kerajaan, institusi latihan separa Kerajaan dan institusi latihan swasta yang dianjurkan oleh Persatuan Industri.

Program Yang Layak Diberi Pertimbangan

- meliputi kesemua jenis kursus yang dikendalikan oleh institusi latihan Kerajaan dan separa Kerajaan;
- bagi institusi latihan swasta, program yang layak diberi pertimbangan mestilah program latihan yang berupaya untuk menghasilkan kemahiran yang melibatkan latihan amali dan dijalankan dalam tempoh tidak kurang daripada 5 hari berkerja. (Program yang mendedahkan pekerja kepada maklumat terbaru, seperti seminar worksyop dan tea-talk adalah tidak layak dipertimbangkan.)


Cara Memohon

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Analisa Cukai, Perbendaharaan Malaysia, Tingkat 6 Blok Tengah, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, 62592 Putrajaya dengan mengisi maklumat-maklumat seperti berikut:

- nama dan alamat lengkap institusi;
- latarbelakang institusi secara ringkas;
- justifikasi permohonan;
- sasaran industri; dan
- butiran lengkap mengenai kandungan kursus.

Jangkamasa Pemerosesan

Keputusan permohonan akan disampaikan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima oleh Perbendahaaraan.

Pegawai Yang Dirujuk

Pertanyaan mengenai perkara ini boleh dirujukkan kepada pegawai di Unit Perkhidmatan, Seksyen Penyelidikan.

 
Untuk membaca fail kepilan, memerlukan perisian Acrobat Reader.
Sila Muat Turun Acrobat Reader bagi yang tidak mempunyai perisian berkenaan.
 
 
 
Terakhir Dikemaskini Isnin, 22 Ogos 2011 11:30
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player   dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2011, MOF. Hakcipta Terpelihara
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia.


logo