Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  MAKLUMBALAS BARU   SOALAN LAZIM
  SEMAK MAKLUMBALAS   PEGAWAI DAFTAR
picture PROSES MEMBUAT ADUAN    
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
Cetak Emel


 Penyertaan Pameran Oleh Kementerian Kewangan Sempena Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), di Gopeng Perak


         Sukacita dimaklumkan bahawa Program Transformasi Luar Bandar (RTP) merupakan program bersepadu yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah National Blue Ocean Strategy 4. Di peringkat awal pelaksanaan RTP, Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) di Gopeng, Perak akan dijadikan projek perintis dan akan dikenali sebagai Rural Transformation Centre (RTC).  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merupakan kementerian utama yang akan menerajui pelaksanaan program-program di bawah RTC ini di samping beberapa kementerian lain seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.
 
         Untuk makluman, RTC akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak pada 18 Februari 2012.  Pelbagai acara akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Induk dan salah satu daripadanya adalah pameran. Kementerian Kewangan akan menyertai program pameran yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh: 16 hingga 19 Februari 2012
Masa
:  9.00 pagi - 7.00 petang
Tempat: Lot E203 dan E204,
  Rural Transformation Centre (RTC),
  31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan
Aktiviti: Pameran perolehan dan pendaftaran syarikat (Bahagian Perolehan Kerajaan dan Unit ePerolehan),
  Tribunal Rayuan Kastam dan maklumat korporat serta inisiatif RTC di bawah Kementerian Kewangan,
  (Unit Komunikasi  Korporat dan Bahagian Pinjaman Kewangan dan Aktuari)

Terakhir Dikemaskini Isnin, 13 Februari 2012 10:22
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player   dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2011, MOF. Hakcipta Terpelihara
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia.


logo