
| ePerunding System |
|
|
|
Sistem ePerunding merupakan sistem yang telah di bangunkan oleh Kementerian Kewangan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mempercepatkan proses pelantikan perunding berserta mewujudkan satu pusat pangkalan data pelantikan perunding bagi semua projek/kajian Kerajaan sepanjang tahun. Sistem ePerunding terdiri daripada 3 modul utama iaitu : 1. Modul Permohonan Pelantikan Perunding 2. Modul Merekod & Mengemaskini Lantikan 3. Modul Penilaian Prestasi Perunding. Pelaksanaan Sistem Sistem eperunding telah dilaksanakan di semua agensi kerajaan bagi proses permohonan pelantikan dan penilaian perunding selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan 2/2011 dan 4/2011. Sistem juga dibuka kepada semua firma berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan yang mempunyai ID/katalaluan untuk menyemak maklumat pengalaman firma. Capaian kepada Sistem ( https://eperunding.treasury.gov.my) |
| Last Updated on Friday, 08 July 2011 08:21 |






Sistem Aplikasi
