|
Perbendaharaan mempunyai matlamat untuk menjadi sebuah agensi unggul dan agensi contoh bertaraf dunia dari aspek pengurusan kewangan dan ekonomi negara. Ini selaras dengan objektif Perbendaharaan yang antara lain ingin memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah sebagai salah satu kekuatan dalam Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) Agensi.
SPA mula digunapakai pada akhir tahun 2008. Sistem ini yang dibangunkan berasaskan web ini mengandungi 12 modul bermula daripada Modul Penerimaan sehingga Modul Meja-Bantuan. Modul-modul ini dibahagikan kepada tiga (3) Fasa penggunaan seperti di Jadual 1. Setiap Fasa Penggunaan ini panjangkan kepada Agensi Pelaksana secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun 2009.
| Fasa Penggunaan |
Modul SPA |
| Fasa I |
Penerimaan, Pendaftaran, Penempatan, Pengurusan Kod |
| Fasa II |
Pergerakan, Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Laporan |
| Fasa III |
Agihan, Pelupusan, Hapuskira, Meja-Bantuan |
JADUAL 1
|
|
Terakhir Dikemaskini Rabu, 18 Mei 2011 08:21 |