Maklumat Am

Visi

Menjadi Unit Unggul Dalam Pengurusan Komunikasi dan Perhubungan Awam Kementerian Kewangan, Jabatan dan Agensi.

Misi

Melaksanakan Penyebaran Maklumat Secara Meluas, Pengurusan Pelanggan, Media dan Aduan Yang Cekap Serta Meningkatkan Imej Kementerian Untuk Mencapai Visi, Misi dan Objektif Kementerian Kewangan.

Objektif

  • Menguruskan khidmat perhubungan awam yang professional dan berwibawa serta meningkatkan imej korporat Kementerian   Kewangan.
  • Menguruskan publisiti mengenai dasar, peranan, program dan aktiviti Kementerian Kewangan.
  • Mempastikan maklumbalas / aduan berhubung isu-isu yang melibatkan imej Kementerian ditangani secara berkesan.
  • Mewujudkan perhubungan yang baik dengan media dan membetulkan salah liputan dan tanggapan.
  • Menyelaras acara-acara rasmi Perbendaharaan.


Objektif Kualiti

  • Tempoh masa daripada penerimaan aduan sehingga diselesaikan dan dimaklumkan kepada pelanggan – 15 hari bekerja.
  • Menjalankan dua (2) kajian untuk mengetahui kepuasan pelanggan dan keberkesanan promosi dalam masa setahun.

Info Perhubungan

Unit Komunikasi Korporat adalah terletak di alamat berikut:

Unit Komunikasi Korporat
Aras 2, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

No. Tel: 03-8890 6400
No Faks: 03-8890 6519 / 6515
E-mel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Web Koordinator

Pn. Noor Arfah Binti Mohd Arif
Pn Norhaidah Binti Md Esa

Info Bahagian

Perhubungan Media

  • Merancang dan menyelaras tugasan perhubungan awam yang berkaitan dengan perhubungan media.
  • Ianya meliputi tugasan kawalan media, mengatur liputan media, kenyataan media, sidang media, menjadi penyelaras pusat media, mengatur temu bual eksklusif dan memberi penjelasan tentang dasar Kementerian kepada media.


Publisiti / Kempen / Promosi

  • Merancang dan menyelaras publisiti / kempen / Promosi  berkaitan dengan Kementerian.
  • Menyelaras pelan media yang merangkumi strategi kaedah publisiti,  kempen dan promosi acara-acara rasmi Kementerian.

Aduan

  • Menyelaras aduan awam yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan bersama Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta menyelaras liputan dan aduan negatif di media bersama PIKA dan BPA.
  • Memberi maklum balas, menganalisis dan menyediakan laporan aduan.


Penerbitan

  • Menguruskan penerbitan berkala seperti laporan tahunan, buletin, risalah, video korporat, bahan-bahan maklumat dan sisipan khas kepada akhbar.
  • Terlibat secara tidak langsung dalam menghasilkan reka bentuk / grafik bahan-bahan penerbitan berkala, bahan-bahan publisiti dan promosi, fotografi, videografi, liputan aktiviti dan dokumentasi.
  • Menguruskan perkara yang berkaitan dengan penerbitan buku-buku dan dokumen korporat dan menyediakan reka bentuk komunikasi kreatif di samping melaksanakan tugas-tugas fotografi acara-acara rasmi Kementerian secara in-house


Lawatan

  • Menyelaras lawatan daripada Institut Pengajiran Tinggi Awam dan Swasta ke Kementerian Kewangan.
  • Mengurus serta mengendalikan taklimat kepada pelawat yang terdiri daripada para pelajar berkaitan dengan fungsi dan peranan Kementerian.


Khidmat Pelanggan

  • Menguruskan panggilan telefon dan melayan pelangan yang datang berurusan, memberi maklumat / jawapan kepada pelanggan mengenai isu atau masalah yang dikemukan melalui telefon tanpa perlu disambung kepada pegawai.
  • Menyemak borang yang dikemukakan oleh pelanggan untuk diisi dengan betul, lengkap dan teratur.
  • Menerima aduan atau maklum balas dari pelanggan.
  • Mengumpul dan menganalisis maklumat kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian.