|
Piagam Pelanggan Perbendaharaan Malaysia Sabah |
|
|
|
1. Unit Pentadbiran Dan Kewangan Memproses Permohonan Pembayaran
Di bawah Arahan Perbendaharaan 58(a), Pembayaran dividen KWSP dan Pembayaran Bil-Bil Lain dalam tempoh empat belas (14) hari kerja dari tarikh permohonan diterima; -
Memproses Permohonan Pendahuluan Diri/Pelbagai dalam tempoh empat belas (14) hari kerja dari tarikh permohonan diterima; -
Memproses bagi Permohonan Pelbagai Tatacara Kewangan dalam tempoh empat belas (14) hari kerja dari tarikh permohonan diterima
2. Unit Pendaftaran Kontraktor -
90% keputusan untuk permohonan Pendaftaran Kontraktor bagi semua jenis permohonan dalam bidang-bidang biasa di keluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari kerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima
Keputusan untuk permohonan Pendaftaran Kontraktor bagi Bidang Khas dan Permohonan Taraf Bumiputera dikeluarkan dalam tempoh empat puluh lima (45) hari kerja daripada tarikh permohonan
yang lengkap diterima
Mengeluarkan sijil dalam tempoh tiga (3) hari kerja dari tarikh kelulusan/pengesahan pembayaran/keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran Kontraktor.
(mengikut mana yang berkenaan)
3. Unit Kawalan Dan Pemantauan - Memproses, memutuskan dan memaklumkan Permohonan Perkhidmatan Kenderaan Gunasama Perbendaharaan dalam tempoh tiga (3) hari berkerja
-
Memproses, memutuskan serta memaklumkan jabatan
yang memohon kelulusan khas Penyewaan Kenderaan dan Pembayaran Sewa Ruang pejabat Tanpa Surat Perjanjian dalam tempoh 14 hari berkerja melalui telefon dan surat -
Memberikan maklumbalas terhadap laporan Berhubung Dasar Keutamaan Bumiputera dan Laporan Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh laporan diterima
4. Unit Pengurusan Perolehan Dan Kontrak Pusat -
Memproses dan memutuskan Permohonan Pengecualian dari Tatacara Perolehan Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari kerja dari tarikh penerimaan permohonan
yang lengkap;
Menyediakan Jadual harga Pembukaan
Tender dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh tutup tender
Mengeluarkan Surat Keputusan
Tender dalam tempoh tiga (3) hari bekerja kepada jabatan pelaksana dari tarikh mesyuarat diadakan
Mengurus dan menyiapkan
80% Pelawaan Tender Kontrak Pusat dalam tempoh lima (5) bulan sebelum tempoh Kontrak Pusat tamat
|
|
Terakhir Dikemaskini Rabu, 06 Mei 2009 14:22 |