Undang-Undang dan Peraturan

  • Kuasa Kewangan

    Kuasa dan tanggungjawab mengenai kewangan Kerajaan Persekutuan adalah di bawah Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia dengan arahan YAB Menteri Kewangan. Bagi Kerajaan Negeri, kuasa dan tanggungjawab mengenai kewangan Kerajaan Negeri adalah di bawah Menteri Besar/Ketua Menteri dan Pegawai Kewangan Negeri dengan arahan Menteri Besar/Ketua Menteri. Bagi Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan pula, ianya adalah di bawah kuasa Pengerusi dan Majlis atau Lembaga Pengarah.

  • Akta Prosidur Kewangan 1957

    Akta Prosidur Kewangan 1957 memberi kuasa dalam pengurusan kewangan sektor awam dan menggariskan prosidur kewangan dan accounting termasuk collection, custody dan bayaran daripada kewangan awam Malaysia, negeri dan perolehan, custody dan disposal harta awam dan hal-hal yang berkaitan.

  • Arahan Perbendaharaan

    Arahan Perbendaharaan (AP) menggariskan secara terperinci prosedur kewangan dan accounting dan ianya meliputi peraturan yang perlu diikuti di dalam pengurusan kewangan Kerajaan termasuk perolehan.

  • Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Disemak 1973)

    Akta Kontrak Kerajaan 1949 memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi Kementerian-kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan untuk menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan.

  • Surat Pekeliling Perbendaharaan

    Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) dikeluarkan dari masa ke semasa bagi meningkatkan, mengimplementasi, memberitahu, menjelaskan dan mengubah polisi, peraturan dan prosedur yang dikehendaki oleh Kerajaan.

  • Pekeliling Kontrak Pusat

    Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) dikeluarkan bagi memberitahu pengguna tentang adanya kontrak pusat bagi perolehan item-item yang dibuat secara pusat. Pada kebiasaannya, kontrak tersebut adalah secara Kontrak Bermasa dengan kuantiti yang dianggarkan. Pekeliling ini akan memberikan maklumat-maklumat terperinci yang meliputi nama, harga, pembekal, kawasan bekalan, spesifikasi, cara dan tempoh penghantaran. Selain dari memenuhi prinsip dan objektif perolehan, Kontrak Pusat ini juga memenuhi objektif membangunkan industri tempatan dan pembangunan vendor.