Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  MAKLUMBALAS BARU   SOALAN LAZIM
  SEMAK MAKLUMBALAS   PEGAWAI DAFTAR
picture PROSES MEMBUAT ADUAN    
Aduan dipantau oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
BR1M
perkhidmatan disediakan
spp berkaitan perolehan kerajaan
maklumbalas media
perbankan internet
perkhidmatan sms pinjaman perumahan
btn polisi hijau
btn polisi hijau
Laman Utama Perkhidmatan Di Perbendaharaan
Senarai Kod Hasil Dan Perbelanjaan Terkini

 

Senarai Penjenisan Kod Perbelanjaan adalah seperti berikut:

10000 EMOLUMEN

Tujuan - merekodkan bayaran-bayaran gaji, elaun dan faedah kewangan yang lain kepada Kakitangan-kakitangan Kerajaan yang menyandang jawatan-jawatan tetap, Kakitangan-kakitangan Kerajaan sementara yang menyandang jawatan-jawatan tetap dan Anggota Pentadbiran dan Parlimen. Bayaran-bayaran seumpama bagi pekerja-pekerja sementara dan sambilan yang tidak menyandang jawatan-jawatan tetap hendaklah direkodkan di bawah Kod 29300.

11000 Gaji Dan Upahan
12000 Elaun Tetap
13000 Sumbangan Berkanun Untuk Kakitangan
14000 Elaun Lebih Masa
15000 Faedah-Faedah Kewangan Yang Lain
16000 Bayaran Elaun-Elaun Khas
17000 Bayaran Imbuhan Tahunan Dan Bantuan Kewangan

20000 PERKHIDMATAN DAN BEKALAN

Tujuan - merekodkan bayaran untuk semua perkhidmatan dan bekalan termasuk tuntutan perjalanan dan sara hidup, perkhidmatan-perkhidmatan yang dibeli, keraian dan hospitaliti, bayaran-bayaran kepada pekerja-pekerja sementara dan sambilan yang tidak menyandang jawatan-jawatan tetap, bekalan pejabat dan bekalan penyelenggaraan dan pembaikan.

21000 Perbelanjaan Perjalanan Dan Sara Hidup
22000 Pengangkutan Barang-Barang
23000 Perhubungan Dan Utiliti
24000 Sewaan
25000 Bahan-Bahan Makanan Dan Minuman
26000 Bekalan Bahan Mentah Dan Bahan-Bahan Untuk Penyelenggaraan Dan Pembaikan
27000 Bekalan Dan Bahan-Bahan Lain
28000 Penyelenggaraan Dan Pembaikan Yang Kecil Yang Dibeli
29000 Perkhidmatan Iktisas Dan Perkhidmatan Lain Yang Dibeli Dan Hospitaliti

 

30000 ASET

Tujuan - merekodkan bayaran untuk semua aset yang diperolehi termasuk tanah, bangunan, kemudahan, kenderaan, jentera dan alat kelengkapan, binatang, pokok dan benih, pinjaman dan pelaburan. Bayaran-bayaran ini juga termasuk bayaran bagi pembaikan besar ke atas aset-aset yang berkenaan.

Pembaikan besar bermakna sesuatu pindaan, sama ada secara struktural atau tidak, serta sesuatu tambahan atau pembaharuan yang dibuat kepada aset yang sedia ada yang menambahkan nilai dan mutunya.

31000 Tanah Dan Pembaikan Tanah
32000 Bangunan Dan Pembaikan Bangunan
33000 Kemudahan Dan Pembaikan Kemudahan
34000 Kenderaan Dan Jentera
35000 Harta Modal-Harta Modal Yang Lain
36000 Binatang, Pokok Dan Benih
37000 Pinjaman
38000 Pelaburan


40000 PEMBERIAN DAN KENAAN BAYARAN TETAP

Tujuan - merekodkan bayaran biasiswa dan dermasiswa, pelbagai pemberian dan bantuan serta semua bayaran-bayaran lain termasuk faedah, dividen dan kenaan bayaran hutang negara, pencen, ganjaran, tuntutan insuran dan pampasan.

41000 Biasiswa, Dermasiswa Dan Bantuan Pelajaran
42000 Pemberian Dalan Negeri
43000 Pemberian Ke Luar Negeri
44000 Tuntutan Insuran Dan Pampasan
45000 Faedah, Dividen Dan Kenaan Bayaran Hutang Negara Yang Lain
46000 Pencen
47000 Ganjaran
48000 Gantian Cuti Rehat


50000 PERBELANJAAN - PERBELANJAAN LAIN

Tujuan - merekodkan semua perbelanjaan yang tidak dijeniskan di bawah mana-mana Objek Am.

51000 Pulangbalik Dan Hapuskira
52000 Bayaran-Bayaran Lain
53000 Bayaran Imbuhan Tahunan Dan Bantuan Khas Kewangan

Senarai Penjenisan Kod Hasil adalah seperti berikut:

60000 HASIL CUKAI

Tujuan - merekodkan semua hasil yang dikutip atas harta atau pendapatan individu, perbadanan, perkongsian dan syarikat berikutan daripada Akta-akta termasuk cukai pendapatan, duti kastam, duti eksais dan cukai jualan.

61000 Cukai Langsung
62000 Cukai Tidak Langsung
63000 Cukai Barangan Dan Perkhidmatan


70000 HASIL BUKAN CUKAI

Tujuan - merekodkan semua hasil Kerajaan selain daripada cukai dan terimaan bukan hasil termasuk kenaan bayaran daripada kelulusan permit, bayaran untuk perkhidmatan yang diberi, jualan perkhidmatan, barang-barang dan harta, sewa harta benda Kerajaan, hasil dari pelaburan, sumbangan daripada agensi-agensi Kerajaan dan perusahaan - perusahaan.

71000 Lesen, Bayaran Pendaftaran Dan Permit
72000 Perkhidmatan Dan Bayaran Perkhidmatan
73000 Perolehan Dari Jualan Barang-Barang
74000 Sewaan
75000 Faedah Dan Perolehan Dari Pelaburan
76000 Denda Dan Hukuman
77000 Sumbangan Dan Bayaran Ganti Daripada Luar Negeri Dan Sumbangan Tempatan
78000 Aktiviti Mencari Gali Minyak Dan Gas


80000 TERIMAAN BUKAN HASIL

Tujuan - merekodkan semua pulangan balik perbelanjaan - termasuk terimaan daripada kumpulanwang amanah yang berlebihan, kredit antara jabatan dan pulangan balik bayaran yang lebih atau bayaran tersilap dalam tahun-tahun kewangan yang lalu. Juga termasuk terimaan daripada agensi-agensi Kerajaan yang lain.

81000 Pulangan Balik Perbelanjaan
82000 Terimaan Daripada Agensi-Agensi Kerajaan

 

90000 HASIL WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

Tujuan - merekodkan hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dipungut bagi pihak Wilayah-wilayah Persekutuan

91000 Hasil Cukai Wilayah-Wilayah Persekutuan
92000 Hasil Bukan Cukai Wilayah-Wilayah Persekutuan

 

Terakhir Dikemaskini Rabu, 05 Mac 2014 15:47
 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6 dan Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player   dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Hak Cipta © 2011, MOF. Hakcipta Terpelihara
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Malaysia.


logo