Dasar, Prinsip dan Objektif

A. Dasar Perolehan Kerajaan

  • Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan melalui penggunaan bahan/barangan tempatan dan penggunaan sektor perkhidmatan tempatan;
  • Mempertingkatkan keupayaan industri tempatan melalui pemindahan teknologi;
  • Menggalakkan penglibatan usahawan Bumiputera; dan
  • Memelihara dan mempertahankan kepentingan dasar perolehan Kerajaan bagi mencapai objektif nasional dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
B. Prinsip-Prinsip Perolehan
  • Akauntabiliti Awam - Perolehan seharusnya menunjukkan akauntabiliti awam yang diamanahkan kepada agensi Kerajaan;
  • Diuruskan Secara Telus (Transparent) - Semua dasar, peraturan, tatacara dan proses perolehan itu sendiri hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum;
  • Nilai Faedah Yang Terbaik (Best value for money) - Pengurusan perolehan hendaklah memberikan pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan;
  • Saingan Terbuka - Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua yang layak untuk bersaing; dan
  • Adil dan saksama - Sesuatu perolehan itu di pelawa dan diproses dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang berkaitan.

C. Objektif Perolehan

Menguruskan perolehan secara cekap, berkesan  dan paling menguntungkan bagi mencapai matlamat perolehan tersebut;

  • Mendapatkan harga yang paling menguntungkan dan berpatutan dengan mengambilkira kualiti, kuantiti dan tempoh penyerahan/siap yang ditetapkan;
  • Mengalakkan pertumbuhan industri tempatan dan penggunaan bahan/barangan/perkhidmatan tempatan;
  • Mengalakkan permindahan teknologi yang bersesuaian dengan kehendak semasa sektor industri negara; dan
  • Sebagai alat untuk mencapai dasar-dasar nasional.