
| Adakah petani dikehendaki berdaftar di bawah GST? |
|
|
|
Skop pengenaan GST adalah meliputi semua sektor ekonomi termasuk aktiviti pertanian. Oleh yang demikian, petani juga perlu mendaftar di bawah GST tertakluk kepada nilai ambang seperti mana yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, sekiranya produk pertanian berkenaan merupakan barang yang tidak dikenakan GST (dikenakan pada kadar sifar), maka petani tersebut boleh memilih untuk tidak berdaftar di bawah GST. |













