|
| Arahan Perbendaharaan 41 menggariskan bahawa kod penjenisan hasil dan perbelanjaan tidak boleh diwujudkan kecuali dengan kelulusan Perbendaharaan. Matlamat-matlamat kod penjenisan diadakan adalah seperti berikut:
|
| (i) | Untuk memudahkan proses merekod dan membuat laporan berkala;
|
| (ii) | Untuk membolehkan maklumat terperinci dikumpulkan untuk tujuan analisa hasil dan perbelanjaan;
|
| (iii) | Untuk memenuhi keperluan sistem perakaunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Akauntan Negara; dan
|
| (iv) | Untuk memenuhi keperluan Jabatan Perangkaan bagi penyediaan Akaun Negara dengan lebih lengkap. |
|
|
Terakhir Dikemaskini Isnin, 26 Mac 2012 18:28 |