|
1.
| Siapakah yang boleh mengambil tindakan tatatertib menyenarai hitamkan kontraktor atau pembekal yang enggan memulangkan Surat Setuju Terima selepas mereka dipilih dalam urusan tender dengan alasan harga bekalan telah naik dan sebagainya. Bolehkah Kementerian/agensi sendiri menyenarai hitamkan kontraktor/pembekal?
|
| Pihak berkuasa bagi pendaftaran pembekal untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan adalah Kementerian Kewangan, manakala pihak berkuasa bagi pendaftaran kontraktor kerja adalah Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Perkara ini telah dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan (AP) 184. AP 166.2(ix) dan SPP Bil.6 Tahun 2010 yang memperuntukan jenis tindakan yang boleh diambil ke atas pembekal/syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Oleh yang demikian, pihak yang boleh mengenakan tindakan tatatertib termasuk menyenarai hitamkan pembekal/kontraktor adalah Kementerian Kewangan atau PKK/CIDB.
Pihak Kementerian/Agensi tidak boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap pembekal atau kontraktor yang gagal menyempurnakan kerja. Kementerian/Agensi perlu melaporkan apa-apa kegagalan pembekal/kontraktor kepada Kementerian Kewangan/PKK/CIDB untuk tindakan seterusnya. Sila rujuk SPP Bil. 6 Tahun 2010.
|
|
|
2.
| Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian/agensi jika prestasi kontraktor atau pembekal tidak memuaskan, bekalan lewat dihantar atau kerja-kerja lewat/tidak disiapkan? |
| Bagi apa-apa perolehan bekalan, perkhidmatan atau kerja, Kementerian/Agensi boleh mengambil tindakan mengikut syarat-syarat kontrak jika pembekal atau kontraktor tidak memenuhi obligasi-obligasinya di bawah sesuatu kontrak. Sebagai contoh pembekal yang lewat menghantar bekalan boleh dikenakan denda dan kontraktor yang lewat menyiapkan kerja boleh dikenakan ganti rugi Liquidated & Ascertained Damages (LAD) yang ditentukan dan ditetapkan. Kementerian/Agensi juga boleh mengambil tindakan menamatkan kontrak dan merampas bon pelaksanaan. Tindakan-tindakan ini boleh dilaksanakan oleh Kementerian/Agensi sebagai Pentadbir Kontrak bagi kontrak-kontrak yang diikat oleh Kementerian/Agensi dengan pembekal/kontraktor. |
| |
3.
| Perlukah pembekal/kontraktor dimaklumkan mengenai jenis-jenis kesalahan dan hukuman? |
| Dalam pelawaan sesuatu tender/sebut harga, Kementerian/agensi boleh memaklumkan petender/penyebut harga secara umum mengenai jenis-jenis kesalahan dan hukuman yang boleh diambil terhadap petender/penyebut harga tetapi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dan mengenakan hukuman masih pihak berkuasa pendaftaran iaitu Kementerian Kewangan (bekalan dan perkhidmatan) atau PKK/CIDB (kerja). |
|
|
4.
| Apakah bentuk tindakan yang boleh diambil ke atas kontraktor/pembekal yang gagal mematuhi obligasi kontrak? |
| Beberapa bentuk tindakan boleh diambil, antaranya ialah berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam perjanjian kontrak dengan kontraktor/pembekal dengan agensi kerajaan berkenaan. Di samping itu, agensi boleh melaporkan ke Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK) tentang perkara tersebut. BPK boleh mengambil beberapa tindakan seperti mengeluarkan surat amaran, menggantung pendaftaran, membatal pendaftaran dan menyenarai hitamkan ahli lembaga pengarah.
|
| |
|
|
|
Terakhir Dikemaskini Selasa, 27 Mac 2012 18:43 |