|
| 1. | Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum bayaran kemajuan boleh dibayar kepada kontraktor kerja sebelum kontrak ditandatangani? | | | Bayaran kemajuan boleh dibayar kepada kontraktor kerja sebanyak 3 kali dalam tempoh 4 bulan pertama selepas keluarnya surat setuju terima tawaran dan sebelum perjanjian ditandatangani secara rasmi dengan syarat-syarat berikut: | | | | Kontraktor mengemukakan surat setuju terima tawaran yang telah ditandatangani;
| | | | Bon Pelaksanaan dalam bentuk jaminan bank/jaminan insurans dan sebagainya yang ditetapkan dalam syarat kontrak dikemukakan oleh kontraktor; dan
| | | | Segala polisi insurans kerja, tanggungan awam (public liability) PERKESO atau pun pampasan pekerja yang ditetapkan di dalam syarat kontrak dikemukakan oleh kontraktor. | | | | | | | Bayaran kemajuan seterusnya hanya boleh dibuat selepas perjanjian kontrak yang rasmi ditandatangani.
|
|
|
Last Updated on Monday, 21 July 2008 17:23 |