Perbendaharaan Malaysia Sarawak

  1. Keputusan Mesyuarat Lembaga Perolehan Persekutuan dalam tempoh dua (2) hari.
  2. Kelulusan permohonan pendaftaran syarikat bagi pendaftaran baru, tambah bidang dan pembaharuan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dan taraf Bumiputera dalam tempoh dua puluh lima (25) hari bekerja (tertakluk kepada dokumen lengkap).
  3. Kelulusan permohonan pertama Pinjaman Perumahan Kerajaan pada hari berikutnya (tertakluk kepada dokumen lengkap).

Unit Kewangan dan Khidmat Pengurusan

  1. Mengeluarkan surat kelulusan kepada permohonanAP 58(a) yang diterima lengkap dalam tempoh 7 hari bekerja. (14 hari)
  2. Memproses kelulusan permohonan kenderaan gunasama dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap.(3 hari)

Unit Pengurusan dan Perolehan Kerajaan

  1. Surat keputusan Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak akan dikeluarkan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan. (2 Hari)
  2. Surat Pekeliling Kontrak Pusat akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas jaminan bank diterima daripada syarikat. (3 Hari)
  3. Dokumen Perjanjian Kontrak Pusat akan dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada syarikat selepas Surat Pekeliling Kontrak Pusat dikeluarkan. (30 hari)

 Unit Kawalan dan Pemantauan

  1.  Mengeluarkan laporan teguran ketidakpatuhan tatacara dan prosedur kewangan berdasarkan kepada hasil lawatan ke Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dalam tempoh 14 hari. ( 14 Hari)
  2. Mengeluarkan laporan siasatan ke atas Jabatan / Syarikat berasaskan aduan ketidakpatuhan  tatacara kewangan / pelanggaran kontrak dalam tempoh 14 hari. (14 Hari)
  3. Mengeluarkan surat kelulusan khas pembayaran sewa ruang pejabat kerana ‘Memorandum Of Sublease’ belum selesai dikeluarkan dalam tempoh 3 hari tertakluk kepada dokumen yang lengkap dan memenuhi syarat. (3 Hari)
  4. Memproses dan menimbang permohonan kelulusan khas kerana tidak mengikut tatacara perolehan (selain kontrak pusat) dalam tempoh 3 hari. (3 Hari)

Unit Pendaftaran Kontraktor

  1. Surat kelulusan permohonan Taraf Bumiputera dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh lawatan dibuat.    (14 Hari)
  2. Surat kelulusan pemohonan tambah bidang dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap. (3 Hari)
  3. Pendaftaran Baru dan Pembaharuan akan diluluskan dalam tempoh 3 hari bekerja. (3 Hari)
  4. Pemberian Taraf Pembuat dan Tambah Bidang Khas dalam tempoh 7 hari selepas tarikh lawatan. (7 Hari)

Unit Teknologi Maklumat

  1. Surat Pekeliling Kontrak Pusat dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Sarawak dikemaskini dan dimuatnaik (upload) ke laman web rasmi dalam tempoh 1 hari. (1 Hari)