Maklumat Am

Visi

Menjadi penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti Kementerian Kewangan.

Misi

Menjalankan pengauditan secara profesional ke arah meningkatkan prestasi pengurusan kewangan Kementerian Kewangan.

Objektif

Membantu organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

Fungsi

  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa;
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  • Memberi nasihat / pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
  • Menjalankan fungsi Audit Dalam di Badan Berkanun Persekutuan di bawah kawal seliaan Kementerian Kewangan yang tiada Unit Audit Dalam;
  • Melaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan;
  • Menyediakan Rancangan Tahunan Audit Dalam dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan;
  • Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.

Info Perhubungan

Alamat

Unit Audit Dalam,
Aras 4, Perbendaharaan 2,
No.7 Persiaran Perdana,
Presint 2,
62592 Putrajaya.

Tel : 03 - 88906471
Faks : 03 - 88906478

e-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Web Koordinator Bahagian

Pn. Maznee Alia Binti Mohlid

Carta Organisasi



 

Info Bahagian

Bidang Tugas

Bidang tugas UAD meliputi semua Bahagian di dalam Perbendaharaan Malaysia serta Jabatan dan Agensi di bawah seliaan Kementerian Kewangan yang tidak mempunyai Unit Audit Dalam.

Pekeliling

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004