Maklumat Am

Pengenalan

  • Bahagian Pelaburan, MKD Dan Penswastaan (BMKD) dahulunya dikenali sebagai Bahagian Penyelarasan Syarikat MKD, Penswastaan dan Perusahaan Awam diwujudkan melalui Waran Perjawatan Bil. A12 Tahun 2000 bertarikh 5 April 2000 dan distrukturkan semula melalui Waran Perjawatan Bil. A65 Tahun 2005 bertarikh 1 Julai 2005.
  • Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) ditubuhkan sebagai badan korporat di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957.
  • Akta ini memberi kuasa kepada MKD menyertai kontrak, mengambilalih, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala harta alih dan harta tidak alih.
  • Sebagai pemegang saham bagi Kerajaan Persekutuan, BMKD bertanggungjawab mengawasi pelaburan Kerajaan.

Objektif

  • Memastikan syarikat MKD menjalankan aktiviti selaras dengan objektif penubuhan syarikat. 
  • Memastikan projek penswastaan yang dilaksanakan mendatangkan manfaat terbaik dan tidak membebankan Kerajaan dan rakyat.

Visi
Mencapai kecemerlangan dalam pengurusan pelaburan dan penswastaan.

Misi
Memaksimumkan pulangan pelaburan dan mengoptimumkan manfaat penswastaan.

Fungsi Bahagian Pelaburan, MKD dan Penswastaan

1.  Sektor Sosial (S)

 a.

Menyelaras hal ehwal syarikat MKD, menilai kedudukan kewangan dan pelan perniagaan syarikat serta mengkaji, menggubal dan menetapkan dasar Kerajaan berkaitan dengan pengurusan syarikat MKD bagi sektor sosial.

 b.

Mengendali urusan pengkopratan/penswastaan  aktiviti dan agensi di bawah sesuatu Kementerian.

 c.

Memproses permohonan pelaburan, pinjaman dan pelupusan asset badan-badan berkanun dan agensi Kerajaan Negeri.


2.  Sektor Keselamatan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam (I)

a.

Menyelaras hal ehwal syarikat MKD, menilai kedudukan kewangan dan pelan perniagaan syarikat serta mengkaji, menggubal dan menetapkan dasar Kerajaan berkaitan dengan pengurusan syarikat MKD bagi Sektor Keselamatan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

b.

Mengendali urusan pengkopratan/penswastaan  aktiviti dan agensi di bawah sesuatu Kementerian.

c.

Memproses permohonan pelaburan, pinjaman dan pelupusan aset badan-badan berkanun dan agensi Kerajaan Persekutuan.

d.

Mengurus dan menyelaraskan tugas khas dasar MKD seperti contigent liability dan deferred payment serta pangkalan data GSIS.


3.  Sektor Ekonomi (E)

a.

Menyelaras hal ehwal syarikat MKD, menilai kedudukan kewangan dan pelan perniagaan syarikat serta mengkaji, menggubal dan menetapkan dasar Kerajaan berkaitan dengan pengurusan syarikat MKD bagi Sektor Ekonomi.

b.

Mengendali urusan pengkopratan/penswastaan  aktiviti dan agensi di bawah sebuah Kementerian.

c.

Mengkaji dan menilai pulangan pelaburan dalam syarikat-syarikat MKD di bawah Sektor Ekonomi.

d.

Mengawal dan menyelaras aktiviti institusi kewangan di bawah DAFIA.

e.

Menyemak dan menentukan jumlah kutipan tol/pampasan kepada syarikat konsesi dan revenue sharing kepada Kerajaan (jika ada).


4.  Sektor  Perkhidmatan Am (A)

a.

Menyelaras hal ehwal syarikat MKD, menilai kedudukan kewangan dan pelan perniagaan syarikat serta mengkaji, menggubal dan menetapkan dasar Kerajaan berkaitan dengan pengurusan syarikat MKD bagi Sektor Perkhidmatan Awam

b.

Mengendali urusan pengkopratan/penswastaan  aktiviti dan agensi di bawah sebuah Kementerian.

Info Perhubungan

Bahagian Pelaburan, MKD Dan Penswastaan,
Perbendaharaan Malaysia,
Aras 5, Blok Selatan,
Kompleks Kementerian Kewangan,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya.

Tel : 03 - 88823770
Faks : 03 - 88823870

emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Web koordinator Bahagian

Pn Shahariah binti Saaduddin

 

Carta Organisasi