Fungsi

Pengurusan sokongan kepada semua Bahagian di Perbendaharaan.

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan sokongan dalam urusan pentadbiran dan penyelarasan bagi Perbendaharaan khususnya dan jabatan/ agensi di bawah Kementerian Kewangan amnya.
  • Melaksanakan usaha-usaha peningkatan dan kawalan kualiti secara berterusan serta pematuhan kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Am.
  • Memastikan peraturan keselamatan dan kawalan keselamatan sentiasa kemas, teratur dan cekap supaya keadaan keselamatan di Perbendaharaan terpelihara dan teratur serta tidak berlaku penyelewengan atau kebocoran dalam urusan rasmi.
  • Memastikan pengurusan kompleks Perbendaharaan diurus dengan cekap bagi menjaga jangka hayat bangunan.
  • Menyediakan bahan-bahan dan perkhidmatan perpustakaan yang diperlukan oleh pengguna-penggunanya di Perbendaharaan.

Aktiviti

  1. Menguruskan sistem rujukan fail Bahagian;
  2. Menguruskan penghantaran dan penerimaan surat menyurat Perbendaharaan;
  3. Menguruskan aset alih Bahagian;
  4. Menyelaras pengurusan aset alih Perbendaharaan;
  5. Menguruskan penyediaan dan penyewaan ruang pejabat Kompleks Kementerian Kewangan;
  6. Menguruskan perolehan peralatan pejabat dan inventori bagi Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan;
  7. Menguruskan kelulusan perolehan aset alih, harta modal, inventori dan peralatan pejabat Perbendaharaan;
  8. Menyelaraskan perbekalan pakaian seragam kepada kakitangan sokongan;
  9. Menguruskan kelulusan pembelian telefon bimbit kepada pegawai Perbendaharaan;
  10. Menguruskan kenderaan rasmi dan pemandu gunasama Perbendaharaan;
  11. Menguruskan persediaan logistik majlis-majlis rasmi Perbendaharaan;
  12. Menyelaraskan persediaan logistik untuk Ucapan Belanjawan Negara;
  13. Menguruskan hal-ehwal perpustakaan;
  14. Menyelia dan menguruskan hal ehwal kawalan keselamatan di Kompleks Perbendaharaan;
  15. Mengeluarkan pas keselamatan;
  16. Menyelaras urusan tugas-tugas naziran keselamatan dan siasatan yang melibatkan dokumen rasmi Kerajaan;
  17. Menyelaras urusan berkaitan peningkatan kualiti Perbendaharaan;
  18. Menyelaras Program 5S Perbendaharaan Malaysia;
  19. Memastikan pematuhan ke atas Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Am;
  20. Menyelaras Key Performance Indicator / Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Perbendaharaan;
  21. Menguruskan perhimpunan bulanan di Perbendaharaan;
  22. Menguruskan lawatan sambil belajar dari institusi/ organisasi/ sekolah dalam negeri ke Perbendaharaan/ Kementerian Kewangan;
  23. Menyelaras Standard Operation Prosedure (SOP) bagi Perbendaharaan;
  24. Menyelaras sambutan Hari Kualiti Kementerian Kewangan;
  25. Menyelaras pensijilan ISO (Bahagian-bahagian yang berkenaan sahaja);
  26. Menyelaras program-program inovasi di BSWP;
  27. Menyelaras lawatan inspektorat Star Rating kementerian Kewangan;
  28. Menguruskan penyertaan Perbendaharaan dan/ atau Kementerian kewangan dalam program-program di peringkat kebangsaan;
  29. Menjadi urus setia mesyuarat penyelarasan bahagian-bahagian di bawah TKSP(P);
  30. Menjadi urus setia Mesyuarat Pengurusan BSWP;
  31. Menyelia dan memantau urusan penyelenggaraan bangunan Kompleks Perbendaharaan;
  32. Memantau urusan penyelenggaraan asrama, dewan Serbaguna, dewan teater dan bilik-bilik mesyuarat guna sama di Perbendaharaan;
  33. Menguruskan pemasangan telefon;
  34. Menguruskan tempahan dewan/bilik mesyuarat guna sama/ asrama; dan
  35. Menguruskan utiliti bangunan Kompleks Perbendaharaan dan penyelenggaraan ASTRO.

Punca Kuasa

  1. Pekeliling/ Surat Pekeliling Perbendaharaan
  2. Perintah Am
  3. Pekeliling/ Surat Pekeliling Perkhidmatan
  4. Pekeliling/ Surat Pekeliling Am
  5. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam