Message From Secretary General

 

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Selamat Datang ke laman web rasmi Kementerian Kewangan (MOF) dan terima kasih kerana melayari laman web ini.


Kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan sebuah keadaan dunia tanpa batasan sempadan fizikal dimana semua informasi boleh didapati dengan sekadar klik.  Maka, keperluan sebuah organisasi untuk mempunyai laman maya yang penuh interaktif dan berinformatif menjadi semakin penting. Sebagai sebuah Kementerian yang mengawal selia kewangan negara, MOF tidak terkecuali daripada perubahan arus peradaban ini untuk mempunyai laman yang dapat menyediakan maklumat terkini mengenai dasar fiskal, pengurusan kewangan, eknonomi serta pekeliling berkenaan pengurusan kewangan. Secara tidak langsung paparan maklumat ini akan dapat memberi pengetahuan, kemudahan, kefahaman dan seterusnya mendekatkan capaian rakyat dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan.


Salain itu, hubungan jaringan komunikasi menjadi lebih pantas dan efektif membolehkan rakyat mengemukakan sebarang aduan, pertanyaan, cadangan, pandangan dan komen berkaitan perkhidmatan MOF dengan lebih mudah dan pantas untuk diambil perhatian dan tindakan. Oleh yang demikian, saya yakin laman web dapat mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan (delivery service) dengan lebih berkesan lagi.

 

Sebagai makluman kepada pengguna laman web MOF, Kementerian Kewangan kini dalam proses melaksanakan Program Transformasi Perbendaharaan atau Treasury Transformation Programme (TTP) yang merupakan satu inisiatif baru untuk mentransformasikan Perbendaharaan Malaysia menjadi sebuah agensi yang lebih  dinamik dan berprestasi tinggi. Keperluan untuk menjadi sebuah agensi yang unggul adalah prasayarat yang amat penting dalam memperkemas usaha untuk mencapai cita-cita sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi. 

 

Justeru, selaras dengan hasrat Dasar Transformasi Nasioanal yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Program Transforamasi Perbendaharaan diharap dapat menjana impak positif dari segi budaya kerja dan mind-set warga kerjanya. Ini tidak hanya memberi manfaat kepada Kerajaan secara khusus tetapi kepada rakyat dan negara secara keseluruhan. Dengan perubahan ini, kita akan dapat melihat Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan menjadi sebuah agensi pusat yang progresif serta dinamik dalam menjadi peneraju Dasar Kewangan Negara.  

 

Saya amat berharap semoga laman web rasmi MOF ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai atau pelanggan untuk mendapatkan pelbagai maklumat korporat, program/aktiviti dan perkhidmatan serta produk yang ditawarkan oleh Kementerian Kewangan.

 

Teruskan melayari www.treasury.gov.my.

Sekian,terima kasih.

TAN SRI DR MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia

Tel : 03-88823333
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.