|
Piagam Pelanggan Perbendaharaan |
|
|
|
There are no translations available.
| 1. |
Menyediakan Anggaran Perbelanjaan Tahunan untuk dibentangkan di Parlimen mengikut tarikh yang telah ditetapkan. | | 2. | Menyediakan Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan untuk dibentangkan di Parlimen pada Hari Belanjawan. |
| 3. | Menyediakan Laporan Ekonomi untuk pembentangan bersama Ucapan Bajet di Parlimen dan Laporan Ekonomi berkala setiap suku tahun. |
| 4. | Mempastikan pencapaian prestasi perbelanjaan Mengurus dan Tanggungan serta Pembangunan pada puratanya melebihi paras 85% peruntukan tahunan yang diluluskan di bawah kawalan Perbendaharaan Malaysia.
| | 5. | Mempastikan pendaftaran kontraktor bekalan/perkhidmatan bidang biasa bagi permohonan baru dan tambah bidang dilulus dalam tempoh 7 hari bekerja, manakala permohonan kemaskini profil dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. |
| 6. | Meluluskan permohonan pertama pinjaman perumahan anggota perkhidmatan awam yang lengkap dalam tempoh (1) hari dan mengeluarkan bayaran kemajuan dalam tempoh Sembilan (9) hari bekerja dari tarikh kelulusan tuntutan. |
| 7. | Menguruskan pengeluaran pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri, syarikat, badan berkanun dan badan-badan lain dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh terimaan permohonan pengeluaran.
| | 8. | Mengeluarkan waran perjawatan dalam tempoh yang ditetapkan dikira daripada tarikh penerimaan perakuan JPA yang lengkap seperti berikut :
i) Waran perjawatan yang melibatkan perubahan 50 butiran atau kurang dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja; dan
ii) Waran perjawatan yang melibatkan perubahan lebih daripada 50 butiran dikeluarkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja. |
| 9. | Mempastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklumbalas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
|
|
|
Last Updated on Wednesday, 02 November 2011 09:49 |