wrapper

Topik Popular

VISI
Ke arah mewujudkan satu sistem percukaian yang optimum dan berupaya meningkatkan hasil Kerajaan serta mendorong sektor swasta untuk menambah pelaburan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

MISI
Mewujudkan dan melaksanakan dasar percukaian yang efektif, telus, mudah dan saksama ke arah mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan.

OBJEKTIF
Memastikan sistem dan dasar percukaian yang saksama dan berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan di samping dapat menjana hasil negara.

FUNGSI

  1. Merangka dasar cukai langsung, cukai tidak langsung dan galakan cukai.
  2. Merangka dasar dan mengadakan perjanjian pengelakan cukai dua kali.
  3. Membuat perakuan bagi pengecualian, remitan dan galakan cukai dan agen cukai.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Merangka dasar percukaian negara yang adil dan telus.
  2. Beriltizam untuk mewujudkan satu sistem percukaian yang optimum yang berupaya meningkatkan hasil Kerajaan di samping dapat mendorong pelaburan swasta dan peningkatan kualiti hidup.
  3. Memberi layanan yang saksama dalam mempertimbangkan cadangan cukai bagi Belanjawan Negara.
  4. Memastikan surat kelulusan pengecualian cukai adalah jelas dan tepat untuk melicinkan operasi pihak pemohon.
  5. Memberi keputusan permohonan pengecualian cukai atau galakan cukai yang dikendalikan oleh Bahagian ini dalam tempoh berikut:
    • Pengecualian duti bagi kereta di bawah program Malaysia My Second Home (14 hari)
    • Pengecualian duti hiburan bagi pementasan antarabangsa atau pementasan tempatan (14 hari)
    • Pengecualian duti eksais bagi kereta sewa pandu (21 hari)
    • Pengecualian duti eksais, duti import dan cukai jualan ke atas kereta bagi pakar Malaysia yang balik berkhidmat (14 hari)

 

 CARTA ORGANISASI