wrapper

Topik Popular

VISI
Ke arah mewujudkan pengurusan pembiayaan Kerajaan yang profesional.

MISI
Mengurus hal ehwal pelaburan dan dasar kewangan Kerajaan dengan berintegriti supaya rakyat dapat menikmati hasil pembangunan Kerajaan.

OBJEKTIF

  1. Penyediaan dasar dan strategi berkaitan dengan pembiayaan Kerajaan Persekutuan.
  2. Penilaian cadangan pembiayaan bagi projek-projek kerjasama awam-swasta supaya dapat memberi value for money kepada pelaburan Kerajaan.
  3. Pemberian pinjaman/jaminan Kerajaan untuk membiayai projek-projek pembangunan.
  4. Penyeliaan industri pasaran modal dan kewangan Negara supaya setara dengan amalan peringkat antarabangsa.

 

PIAGAM PELANGGAN
Bahagian Pelaburan Strategik bertanggungjawab untuk memberi pinjaman dan melaburkan wang Kerajaan Persekutuan, menilai daya maju projek-projek Kerjasama Awam Swasta, pinjaman mudah dan jaminan dan menentukan dasar berkaitan dengan pelaburan, pembiayaan, pinjaman serta pasaran kewangan dan pasaran modal.

Kearah mencapai matlamat tersebut, kami berjanji bahawa:

  1. Setiap pemberian pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri, syarikat, badan berkanun dan badan lain akan diuruskan dalam tempoh berikut bagi dokumen-dokumen yang telah lengkap diterima:
    Kelulusan untuk memberi pinjaman 1 bulan
    Penyediaan dan kelulusan dokumentasi 1 bulan
    Pengeluaran pinjaman 2 minggu
  2. Pemberian kelulusan permohonan agensi untuk meminjam – 2 minggu.
  3. Proses kelulusan untuk memberi jaminan ke atas pinjaman oleh agensi dan syarikat Kerajaan – 1 bulan.
  4. Kelulusan cadangan dasar, pindaan perundangan dan perintah-perintah dari agensi kawal selia kepada Menteri Kewangan – 14 hari bekerja.
  5. Kelulusan cadangan pelaburan KWSP, KWAP, KWAN, PTPTN, PERKESO, LTH, GEPF dan LTAT kepada Menteri Kewangan – 14 hari bekerja.
  6. Perakuan untuk kelulusan terma dan syarat penubuhan Dana Pembangunan – 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  7. Perakuan untuk kelulusan Pegawai Pengawal ke atas bayaran subsidi kadar faedah daripada institusi kewangan pembangunan (IKP) – 14 hari bekerja.

 

 CARTA ORGANISASI