wrapper

Topik Popular

VISI
Menjadi sebuah badan kawal selia yang efektif dalam pengurusan kewangan bagi memacu badan berkanun ke arah berprestasi tinggi.

MISI
Memastikan badan berkanun mematuhi tadbir urus kewangan yang baik dan mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan fungsi agensi pusat bagi badan berkanun dalam urusan mendapatkan kelulusan bagi perkara-perkara di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan;
  2. Memantau dan melaporkan prestasi kewangan badan berkanun;
  3. Memantau dan melaporkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan;
  4. Menyediakan garis panduan kewangan untuk digunapakai oleh badan berkanun; dan
  5. Memastikan tadbir urus badan berkanun yang baik dan meningkatkan keberkesanan peranan Lembaga Pengarah di dalam badan berkanun.

 

FUNGSI
Seksyen Pengurusan Badan Berkanun

  1. Merangka dan melaksanakan dasar serta hala tuju strategik terhadap pengurusan Badan Berkanun Persekutuan (BBP).
  2. Menyediakan memorandum Jemaah Menteri mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi BBP di bawah Kementerian Kewangan.
  3. Mengenalpasti dan memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) BBP di bawah Kementerian Kewangan.
  4. Menjalankan kajian ke atas pengurusan kewangan BBP terutama dari aspek kaedah perakaunan, dasar penggunaan rezab, pengurusan tunai, pengurusan aset dan lain-lain.
  5. Menyediakan laporan/kertas pembentangan untuk Mesyuarat Pegawai Kewangan Negeri dan Majlis Kewangan Negara.

Seksyen Analisa dan Pelaporan

  1. Menganalisis aliran tunai BBP bagi tujuan kelulusan penyaluran geran mengurus dan pembangunan.
  2. Menyediakan perakuan bagi permohonan pinjaman, pelaburan dan penubuhan anak syarikat BBP.
  3. Menyediakan perakuan bagi permohonan pinjaman, pelaburan, penubuhan anak syarikat dan pelupusan aset bagi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) selaras dengan Akta Perbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962 [Akta 380].
  4. Menyediakan perakuan bagi permohonan pelaburan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaras dengan Seksyen 40(4) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].
  5. Menganalisis memorandum Jemaah Menteri mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan BBP selain daripada di Kementerian Kewangan dan menyediakan ulasan bagi mendapatkan kelulusan untuk pembentangan di kabinet dan parlimen.

Seksyen Tadbir Urus Lembaga Pengarah

  1. Bertanggungjawab membangun polisi dan tadbir urus untuk Lembaga Pengarah Badan Berkanun Persekutuan (BBP).
  2. Menetapkan dasar, garis panduan serta membuat proses lantikan wakil Kementerian Kewangan dalam Lembaga Pengarah BBP.
  3. Memproses dan menyemak syor cadangan pelantikan baru dan pelantikan semula Ketua Pegawai Eksekutif, Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Panel Pelaburan, Ahli Panel dan Ahli Silih Ganti.
  4. Memproses pelantikan Lembaga Pengarah dan Majlis Penasihat Syariah bagi institusi kewangan/ amanah/bank di bawah Kementerian Kewangan.
  5. Mengenalpasti dan melaksanakan latihan peningkatan keupayaan dan kemahiran kepada Lembaga Pengarah BBP.
  6. Menetapkan dasar dan menguruskan permohonan berhubung gaji, elaun, bonus dan kemudahan bagi anggota/Lembaga/Majlis/Jawatankuasa termasuk yang diasingkan saraan.
  7. Memberi panduan dan khidmat nasihat kepada Ahli Lembaga Pengarah/Wakil Kementerian Kewangan.
  8. Memantau prestasi Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
  9. Menguruskan semua hal ehwal berkaitan pentadbiran dan korporat bahagian.

 

PIAGAM PELANGGAM

  1. Penyaluran geran mengurus dan pembangunan tahunan kepada Badan Berkanun Persekutuan dalam masa 7 hari bekerja.
  2. Permohonan pinjaman / pelaburan / penubuhan anak syarikat Badan Berkanun Persekutuan dalam masa 21 hari bekerja.
  3. Ulasan ke atas Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan Berkanun bagi tujuan pembentangan di Kabinet dan Parlimen dalam masa 7 hari bekerja.
  4. Menguruskan pelantikan/pelantikan semula/penamatan wakil Kementerian Kewangan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam Badan Berkanun dalam tempoh 14 hari bekerja dari dokumen lengkap diterima beserta dengan persetujuan Pengurusan Tertinggi.
  5. Menguruskan cadangan pelantikan/pelantikan semula/penamatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Panel, Ahli Silih Ganti atau Ahli Panel Pelaburan di dalam Badan Berkanun yang memerlukan perkenan Menteri Kewangan (seperti yang dinyatakan di dalam Akta) dalam tempoh 14 hari bekerja dari dokumen lengkap diterima beserta dengan persetujuan Pengurusan Tertinggi.
  6. Menyediakan ulasan Kementerian Kewangan ke atas pindaan akta Badan Berkanun Persekutuan dalam masa 14 hari bekerja

 

 CARTA ORGANISASI